Wednesday, August 12, 2009

blog baru sains iskandar

Read More..

blog sains iskandar tlh berpindah di alamat : klik disini
proses kemaskini layout n upload artikel2 terdahulu akan dibuat dr mase ke semasa...

Monday, August 10, 2009

virus serang blog iskandar...blog nie akan ditutup...

Read More..

kpd sume pembaca...blog nie dh rosak teruk akibat serangan virus...sume pengaturacaraanye dh jadik kelam kabut...sy terpaksa stop blog nie...rasenye tindakan paling baek delah sy kena wat blog baru dr awal..cuma nk replace balik artikel2 lama agak perit sikit...ambik masa yg agak lama...terima kasih atas sokongan sume...hu3


Saturday, August 8, 2009

hari qiamat hanya Allah sahaja yg mengetahuinye...

Read More..


Jika tiada aral melintang pd bulan November nie…de satu film science fiction yg bakal ditayangkan…2012 judul filmnye…temanye ttg kemusnahan dunia pebila sampai waktu ngikut kalendar Mayan…namun begitu kite kena anggap ianye hanye sekadar hiburan minda jea…ttg bila hari kiamat qubra hanya Allah sahaja yg mengetahuinya…ianye maha dasyat dan amat mengerunkan...


Firman Allah s.w.t...

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Al-A'raaf, Ayat 187)

gambaran didlm al-quran ttg detik2 kemusnahan dunia sudah nyata dan jelas…itulah antara tanda2 kekuasaan n kebesaran Ilahi…zat yg tiada permulaan dan kesudahan...

gambaran hari qiamat didlm al-quran

Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan..surah alhajj ayt 1-2

"(Hari itu ialah: Hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
"Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan."
(Al-Qaari'ah, Ayat 4-5)

Pengertian hari kiamat utk umat islam cukup luas dan mendalam maksudnya…bukan sekadar kemusnahan dunia yg diilhamkan leh org kristian utk tayangan dilayar perak…

antara nickname bagi hari kiamat delah :

Yaumul Ba'athi (Hari Kebangkitan)
- yang membawa maksud, kesemua manusia yang akan mati akan dibangkitkan semula.

"Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang kafir);
"Sesungguhnya kamu telah berdiam di dalam kubur menurut ketetapan Allah sampai ke hari kebangkitan dan inilah hari kebangkitan itu, akan tetapi kamu tidak meyakininya"- Q.S ar-Rum ayat 56.

Yaumul Qiamah (Hari Kiamat)
- Hari kehidupan semula selepas berlaku kehancuran dan kematian di dunia.

"Pada hari kiamat kamu akan melihat wajah-wajah mereka yang mendustakan Allah bertukar menjadi hitam"- Q.S az-Zumar ayat 60.

Yaumul Hisab (Hari Perhitungan)
- Hari di mana amalan setiap makhluk akan dihitung dan ditimbang sebelum hukuman diberikan oleh Allah.

"Dan Musa berkata;"Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu daripada setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman dengan hari perhitungan" - Q.S Ghafir ayat 27.


Yaumud Deen (Hari Pembalasan)
- Hari di mana makhluk Allah dibalas dan dihukum setimpal dengan perbuatan dan amalan mereka di dunia,

seperti mana yang difirmankan oleh Allah dalam Ummul Kitab al-Fatihah ayat 4 yang kira-kira bermaksud "(Allah) Yang Menguasai hari pembalasan."

As-Saah (Masa yang ditetapkan)
-Masa yang ditetapkan adalah tarikh dan waktu kiamat akan berlaku seperti yang dijadualkan oleh Allah,yang masanya tak diketahui oleh sesiapa pun.

"Telah dekat datangnya masa itu dan telah terbelah bulan"- Q.S al-Qamar ayat 1.

Yaumul Fath (Hari Kemenangan)
-Hari kemenangan bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT,

"Katakanlah;"Pada hari kemenangan itu tidak berguna lagi keimanan orang-orang kafir dan mereka tidak akan diberi tangguh".as-Sajdah ayat 29

Yaumut Taghabun (Hari Tipu Daya)
- Pada hari kiamat nanti, orang-orang kafir dan fasiq yang merasakan mereka selama ini berada di atas landasan kebenaran, terpedaya dengan sangkaan mereka itu ketika mereka menerima azab dari Allah.

"Ingatlah hari Allah menghimpunkan kamu pada hari taghabun..."- Q.S at-Taghabun ayat 9.

Yaumut Tanad (Hari Panggil memanggil)
-Selepas dibangkitkan dari kubur masing-masing pada hari kiamat, manusia akan panggil-memanggil sesama mereka untuk meminta pertolongan.

"Hai kaumku, sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan seksaan pada hari panggil-memanggil".surah al-Mukmin ayat 32

Yaumul Hasrah (Hari Penyesalan)
- Pada hari tersebut, manusia yang menderhakai Allah akan menyesal dengan penyesalan yang sebenar-benarnya ketika mereka melihat azab yang sedang menanti.

"Dan berilah peringatan kepada mereka berhubung hari penyesalan, iaitu ketika kesemua perkara telah diputus dan mereka selama ini berada dalam kelalaian dan mereka tidak pula beriman"- Q.S Maryam ayat 39.

[kredit utk asysyahadah]

Dlm zaman skg terdpt byk tanda2 kiamat kecil dh muncul…maybe kite x peduli ngan tanda2 tersebut disebabkan puak2 skular mengatakan ianye hanye sekadar fenomena alam sahaja serta evolusi kehidupan manusia…tp sebagai umat islam…sebaik2 peristiwa yg berlaku perlulah merujuk kpd al-quran n hadith…kerana ianye delah panduan idup dan mati kita…qiamat kubra kita x pasti bila kan belaku tp qiamat kecil (maut) menunggu kita bile2 mase jea…walaualam.

Monday, August 3, 2009

Konsert Antara Dunia '09 - hiburan berorientasikan Islam...

Read More..



Mlm minggu 1 ogos lepas sy sempat meluangkan masa emas bersama2 my ex-student- Umair n Afif serta kwn2 beliau iaitu Muhammad n Syahir menonton konsert Antara Dunia '09 anjuran GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia )...Penaja utamanye ialah Permata Hijrah bersama2 Rabbani Production (M) Sdn Bhd yg berlangsung di stadium tertutup Malawati Shah Alam..konsert nie bertemakan “Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah”…

Sy cukup2 teruja ngan ucapan alu-aluan president GAMIS iaitu sdr Mohd Dzul Khairi Mohd Noor sebelum tirai pembukaan kosert ni dirasmikan leh TGNA…ternyata karisma beliau memimpin persatuan yg berslogankan “Memimpin Kebangkitan Gerakan Mahasiswa” mmg terserlah n tepat pd wktunye…isi aluan2 beliau yg mengaitkan peranan pemuda-pemudi ttg kebangkitan islam amat menyentuh hati sy...bermula dr kisah impian saidina omar al-khatab sehinggalah buah pemikiran soekarno ttg impak kekuasaan tenaga generasi muda yg boleh mengoncang dunia...syabas wahai sdr Mohd Dzul Khairi Mohd Noor…

Suara takbir memecah suasana stadium tatkala Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat naik ke stage utk majlis perasmian konsert…muqadimah perasmian beliau amat unik serta klasik yg disampaikan dlm btk seloka pantun…bait2 pantun beliau berdimensikan aura islam sgt tinggi nilai maksudnye…ternyatalah kejujuran serta kemuliaan beliau dlm memperteguhkan syiar islam tidak pernah pudar…sesungguhnye beliau tlh mewakafkan keseluruhan hidupnye utk Islam…

Sebelum sy mengulas ttg perjalanan konsert nie ngan pjg lebar…terlebih dahulu sy ingin mengucapkan tahniah 5 star wat sume ajk2 GAMIS yg terlibat…secara teknikalnye sesuatu konsert yg bertaraf dunia camni agak mustahil direalisasikan sekiranye ilmu tidak seberapa n pengalaman langsung tiada dlm bidang industri muzik…namun begitu tiada yg mustahil ditangan GAMIS….malahan konsert antara dunia nie sgt hebat kualitinye…tahniah GAMIS krn dpt menganjurnye…kalian tlh membuktikan bahawa mahasiswa2 delah pemacu gerakan ummah…sy bangga skali…


Sebelum acara perasmian dimulakan…audion tlh disajikan ngan persembahan dr anak2 kecil bermula ngan dikir barat yg bersendikan islam serta dendangan nasyid dr kumpulan Nibras yg diterbangkan khas dr Makatulumukaramah…w/pun sy x fhm bhs Arab tp melody lagu serta suara artisnye terlalu gemersik…kemerduannye langsung tidak memberi peluang utk telinga sy menepisnye…

Perasmian tidak lengkap sekiranye tidak disokong leh gimik sesuatu pgrm…Gimik nie dizahirkan melalui montaj multimedia perasmian yg dilancarkan leh TGNA …info2 ttg matlamat serta halatuju GAMIS dipancarkan utk deria rasa audion…Mesej yg disampaikan amat berkesan dihati… mabruk!!!

konsert bermula pebila keempat2 gergasi Nasyid (Shoutul Harokah,Raihan,Rabbani n Hijjaz) bergabung utk mendendangkan lagu2 yg penuh puitis…Memuji2 kebesaran Ilahi…pastu…break antara nyanyian kumpulan2 nasyid diselitkan ngan persembahan pentomin yg menggegarkan jiwa…aksi2 pelakon bersahaja n leh meruntuhkan keegoan manusia yg terlalu cintakan dunia semata2…keinsafan tertusuk dihati para audion...

Kumpulan nasyid dr Indonesia Shoutul Harokah amat bertenaga ngan uniform saka merah putihnye…sy x tahu camne mrk menjaga penafasan serta stamina mase menyanyi sbb usia2 dikalangan mrk dh level atok2 dh…semangat juang mrk membuatkan para hadirin berdiri utk nyanyi sama2…malahan tepukan gemuruh utk mrk bergema setiap kali selesai persembahan diikuti ngan laungan Allahuakhbar leh para audion berulang2 kali…

Tiga kumpulan killer nasyid Malaysia iaitu Raihan, Rabbani n Hijjaz tidak pernah mengecewakan sesiapa…seolah2 konsert kali nie come back utk industri nasyid tanah air…nyanyian serta video clip yg dipaparkan di LCD screen menyebabkan cinta kpd islam semakin hangat jadiknye…

erm...tidak lupe gak tahniah kat crew2 yg handle sound system n talaan cahaya… sepanjang konsert nie berlangsung tiada kecacatan pd audio n visual dirakamkan...malahan kreativiti sinaran lampu selari ngan irama yg didendangkan serta ngikut rentak setiap plot persembahan sungguh mengasyikan…

Acara penutup konsert dipersembahkan secara medley leh sume artis2 ngan lagu nasyid yg bertemakan zikir kifarah...ianye dialunkan ngikut melodi ulik mayang n wau bulan ngan gubahan lirik2 memuji kebesaran Ilahi… malahan dlm lirik nie gak memberi peringatan kpd manusia ttg perlunye kebangkitan islam diperjuangkan…Peringatan sy wat GAMIS : tolong wat lagi konsert camnie eh.!!!!

p/s : gambar2 konsert leh dilihat di ruangan sebelah kiri edisi “gambar berkata2” diblog nie.

Wednesday, July 29, 2009

Warkah buat almarhum Ammar…sempena hari ulang tahun ke 21...

Read More..



Kelmarin tanggal 27 julai de lah birthday almarhum Ammar…kirenye usia almarhum dh genap 21 tahun…sy x pasti nape jiwa sy terpanggil2 menukil artikel wat almarhum utk kedua kalinye…sdgkan atr kami x pernah bersua muka…erm anggapkan saje ilham hati nie delah hadiah peribadi sy wat almarhum sempena hari ulang tahun kelahirannye…

Secara fitrahnye seakan2 janggal kedengaran bile kite memuji2 sifat lahiriah sosok tubuh yg x pernah kita temui…malahan riak suara almarhum pun x pernah sy ketahui…namun begitu suara hati kecil sy tetap mengatakan “pe salahnye jika sy menulis ttg jejaka yg syahid di jalan Allah?"...semoga Allah melimpahi rahmat ke atas roh almarhum lebih dr pe yg diharap kan leh beliau hendaknye…

Sy x mau disangka tersalah langkah sekiranye penulisan sy tidak menepati ciri2 keperibadian almarhum…justeru itu sedaya upaya...sy membaca berulang kali catatan dr blog teman2 sejati beliau…pe yg tercatat tergambar kemuliaan cinta seorg teman yg merinduinye…almarhum sukar dicari ganti…tiada satu seumpama dengannye…

Sy mengandaikan sekirenye almarhum masih bernyawa…sudah pasti tiada keraian menyambut usia 21 tahun sehebat remaja2 yg menjunjung dunia…permulaan usia yg menjadi kunci kebebasan dunia yg lara…disaat sebegini terbayang dr firasat sy…almarhum sdg berdoa kesyukuran bermunajat agar setiap detik kehidupannye diredhai leh Allah yg maha pemurah lagi maha menyayangi…


Seikhlas dihati kecil…kehilangan almarhum amat berbekas dijiwa sy...sebagai insan yg akan menghampiri usia Rasullulah ketika menerima wahyunya yg pertama…sy merasakan sifat2 dalaman diri sy seumpama hama jika dibandingkan ngan sifat2 terpuji almahum ketika mentarbiyahkan hati2 manusia…sifat beliau terlalu tulus n x pernah berperasangka utk berputus asa…menghargai yg tua menghormati yg muda…


Warkah buat Ammar…

Sy mendoakan agar saudara berbahagia dialam roh disamping umat manusia yg mencintai akhirat…beruntungnye sdr krn mendahului sanak saudara serta sahabat taulan menemui kenikmatan yg tiada tolok bandingnye didunia fana ini…

Sdr lihatlah dr jendela akhirat…tiada ape kelazatan di dunia yg dpt dimegah2kan…ianye hanya sekadar medan utk jiwa yg meronta2 mencari secebis ketenangan hidup…ada yg dpt menggapainya n tidak kurang pula yg kecundang dijalannya...

Kematian itu suatu yg pasti…sdr tlh mendahului sy n sudah pasti sy akan menyusuri dikemudian hari…mudah2an sdr dpt menerima sy sebagai sahabat sdr diakhirat kelak…insyaallah…

Al-fatihah buat almarhum Ammar…

Tuesday, July 28, 2009

H1N1…jgn sebarkn fitnah ttg SMSSI…plzzz!

Read More..



Mlm semlm sy dpt call dr pegawai teknik silat daerah ttg berita penutupan SMKA Johor Jaya angkara influenza A H1N1…ekoran dr kes nie die minta sy membuat chek up di spital mersing…nie krn pd 24-26 julai…sy selaku ketua kontigen daerah Mersing tlh berada disane bersama2 enam org pelajar kite utk pertandingan silat negeri Johor…

Sy dimaklumkan de antara mangsa yg dijangkiti tlh bertugas diantara waktu2 pertandingan tersebut…erm so pd pagi tdk seluruh kontingen Mersing temasuk pelajar SMSSI tlh membuat pemeriksaan awalan kat spital Mersing krn kami mempunyai contact secara langsung dgn pembawa kes…

Di sini sy ingin ambil kesempatan utk mengucapkan jutaan terima kasih kpd para petugas2 spital Mersing terutamanye encik Jasmi krn sgt2 profesional n friendly melayani karenah kami sume…sedikit sebanyak sy dpt mempelajari nilai2 kesabaran yg de pd beliau…

Atas dasar mencegah penularan wabak H1N1 nie..sume kontigen termasuk sy diberi cuti selama seminggu kurantin di rumah…ini bukan krn sy n peserta2 silat dijangkiti wabak nie…just utk pematauan pihak spital jea…erm pe info ringkas yg sy dpt…symptom peyakit nie leh dikesan seawal 4 jam dijangkiti hingga 7 hari paling lame bergantung pd antibody individu…sepanjang wkt nie…kami kena pakai mask le…pas abis tempoh edah nie sekiranye tiada tanda2 dijangkiti kami dibenarkan bertugas semula…pelajar2 yg terlibat akan bersekolah cam biasa…


Wat pengetahuan sume…sehingga artikel nie ditulih…SMSSI bebas dr wabak nie…sume xtvt warga SMSSI berjalan cam biasa…tiada penutupan…alhamdulliah seluruh warga SMSSI sihat waafiat…moga2 Allah sentiasa melindungi seluruh warga SMSSI dr sebarang musibah…

Thnks byk2 kat sume pihak pentadbiran skewl terutama ckg Ahmadi yg amat prihatin...w/pn beliau x sampai 24 jam pulang dr Sabah tp masih sanggup susah2kan diri mebantu kami menangani situasi sebegini…sy harap gak pe yg berlaku terhdp kami tidak di eksploitasi leh pihak yg jahil ttg H1N1…tolong jgn sebarkn fitnah ttg SMSSI…plzzz!

Sunday, July 26, 2009

Olympus u tough 8000 n nokia 2330 classic…my new twin baby...

Read More..







Olympus u tough 8000
First time sy beli camera pd thn 1990…jenama Ricoh…mase tu camera2 digital lom wujud lagi…camera nie guna negative film bile nk tangkap gambor…erm seingat2 sy pas sebulan sy beli...camera nie dh pn kena kidnap……lantaran tu cinta sy terhadap dunia fotografi trus pudar…phobia le tu…

ntah x tau camne selepas 19 thn cinta fotografi berkubur…tetiba ianye berputik kembali… Semlm sy beli camera baru kat jaya jusco tebrau…Olympus u tough 8000… maybe terpengaruh ngan khalis yg dh lame berjinak2 dlm dunia foto…secara jujur sy katakan…sy perlu blajor teknik ambik gambar yg fotogenik n berkesan bermula dr alif baa taa…sekurang2nye…blog nie akan mempunyai gambar2 tulen ttg perkembangan dunia SMSSI…


nokia 2330 classic
leh sbb skrg nie ciri2 hp dh semakin melalut compare ngan tujuan asal hp dicipta maka semlm sy wat keputusan membeli hp nokia 2330 classic yg berharga RM 288.00 utk menggantikan hp lame sy yg dh jadik arwah...sesuai ngan taste sy dlm penggunaan hp...sms n calling jea...lain2 function sy x minat langsung...sy hrp sgt2 usia hp sy nie akan menjangau 6 tahun...hu3


Thursday, July 23, 2009

terima kasih bekas2 student SMSSI...

Read More..



Ari nie dh nk msk minggu ke 5 pas cuti penggal pertama kat skewl…hampir 3 minggu sy x de kat skewl n 2 minggu yg tersisa mebuatkkan diri sy agak sibuk skit…terkejar2 wat keje…byk mende yg sy kena qadaq balik…terutama proses pengajaran n pebelajaraan…

Sepanjang 5 minggu terakhir nie byk event kat skewl yg sy x tulih kat cni…kekangan mase de lah alasan yg paling idea yg sy leh berikan…selepas mid term nie…nampaknye xtvt yg berbentuk akademik lebih giat dijalankan…selebihnye penganugrahan yg tertunda yg tlh ditakwimkan sebelum mid term n pgrm2 bercorak motivasi serta kursus2 kepimpinan cam KESUMA…

Pe yg paling menarik dlm minggu2 nie de lah…skewl kita tlh diikunjungi leh ramai bekas pelajar terdahulu…de dr dlm negeri n de yg sdg bercuti dr luar negara…erm terima kasih krn mengingati smssi…dr kejauhan sy lihat kalian bertambah ensem2 n cun2 belaka...org dh mula jejak alam dewasa...semoga Allah memberkati idup kalian..

Ari esk n lusa n tulat…sy dikhabarkan de lagi sekumpulan bekas2 student yg masih sudi mencurahkan keringkat n bakti wat adik2 kat smssi…bagus lah kalu cam tu…x lupe adik2 kat cni…erm…tmpt jatuh lagi dikenang petah lagi tmpt bergurau senda n kena denda…byk nostalgia tu…


Pe yg sy harapkan sgt2…moga2 bakti kalian akan dikenang leh adik2 kat cni… secebis pengalaman n ilmu yg dikongsi bersama adik2 nanti akan membuatkan idup kalian sentiasa dirahmati leh maha pencipta ….sekurang2nye nama2 kalian akan disebut2 semasa mrk berdoa kehadrat ilahi…bgk le motivasi n tazkirah wat mrk semampu mungkin...

Sy doakan gak agar kehidupan kalian diakhirat kelak digembirakan leh amal2 jariah yg tlh tersemai dicni…insyaallah roh kalian akan disambut leh senyuman para malaikat pebila wat pertama kali semadinye jasad kalian ke lian lahad… erm terima kasih sekali lagi wat sume bekas2 student yg sudi mengunjungi smssi…semoga ikatan kite x terputus…sy terharu...hu3

* kalu x silap sy...ustz Jo pn akan wat haloqah kat cni pd minngu nie...trima kasih ustz...

Sunday, July 19, 2009

Futsal Girl SMSSI bakal menggegarkan piala dunia...

Read More..


dh lame sgt sy kagum ngan gadis2 SMSSI nie...keayuanye...kebijaksanaannye serta ketangkasannye mmg x leh dinafikan...srikandi2 SMSSI nie merupakan benteng terakhir utk kami sume...sesungguhnye mrk sgt hebat dipentas akademik serta arena bola sepak tanah air...video diatas delah sempena karnival asrama...atas sbb exsiden nie...sume tapak futsa diseluruh dunia diharamkan guna batu bata berkuatkuasa serta merta...sakit maa...hu3

Sunday, July 12, 2009

khatib meninggal semasa membaca khutbah...

Read More..



De segelintir org beranggapan berita nie suatu berita kecil :-

BUKIT MERTAJAM: Jemaah Masjid Lebai Hashim, Bukit Minyak, dekat sini yang mulanya khusyuk mendengar khutbah Jumaat dibacakan Basiri Jamaduin, 79, tiba-tiba tersentak apabila khatib itu jatuh terduduk sebelum menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat serangan jantung…

bagik sy le lak…nie satu berita besar…pengakhiran idup anak adam cam nie sgt indah…jarang anak melayu leh dpt keistimewaan cam nie dr maha pencipta…meninggal dunia pd hari jemaat + dlm masjid + berwuduk + baca khutbah + menyeru umat nabi Muhammad s.a.w buat kebajikan n tinggalkan kemungkaran…hebat ketentuan ilahi terhadap almarhum Basiri Jamaduin…erm bukankah nanti kite akan dibangkitkan seperti mane keadaan kita dimatikan?...

ajal maut tue dlm gengaman Allah…jika nyawa manusia tu dh de appointment ngan malaikat izrail…date tu dh x leh dipostpone walau sesaat pun…pe yg leh kite ikhtiar de lah mendoa agar di extend kan umur kite agar diberi kesempatan utk beramal sebyk mungkin…tp mati ttp mati…


jika sy jadik ketua editor mane2 surat khabar…sy akan letakkan berita nie besar2 dimuka depan penuh xclusif…agar pembaca berazam utk meninggalkan dunia fana nie seperti almarhum…pengakhiran idup dlm keadaan amal kebajikan sdg dilaksanakan…sekurang2nye berita ne menjadik tandatanye buat pembaca2…pe lah doa n amalan almarhum sehinggga dimuliaan leh Allah dlm keadaan kematian sebegini?…

sy berpesan atas diri sy serta pembaca2 kat cni agar sentiasa berdoa agar pengakhiran idup kita nanti dlm keadaan Allah meredhai kite…kematian di jalan yg lurus dgn kebenaran…erm bukannya cam segelintir mat rempit yg mengakhiri kehidupannye dijalan raya yg lurus…kematian yg sia2…hu3

Friday, July 10, 2009

sesi soal jawab dgn sy ttg PPSMI...

Read More..



Siapa anda dlm konteks ppsmi?
Sy seorg tenaga pengajar matematik kat skewl…di bawah pentadbiran kementerian pelajaran Malaysia...kena ngajor math dlm bhs penjajah yg jadik isu panas dlm ppsmi nie...

Pe pandangan anda terhadap dasar negara yg melibatkan ppmsi?
Sy org gomen yg berfungsi melaksanakan agenda2 kerajaan…sy bukan lah org yg mempunyai sebarang kuasa utk menggubal @ menghapuskan sesuatu dasar kerajaan…ppsmi de lah antara byk2 dasar kerajaan yg telah diperkenalkan…sekiranye kerajaan nk membuat dasar dimana mata pelajaran matematik diajar dlm bhs german ke…francis ke…tamil ke…iban ke…bhs Sanskrit ke…sumenye sy akur sbb sebagai governtmen servant…sy hanya menurut perintah...standard org makan gaji…selagi sesuatu dasar tue x bertentangan ngan syariah…sy on jea…

Tahap bahasa inggeris anda?
Setakat nazak2 nyamuk pas kena ridsect…sy x nafikan de kalanye bdk2 tingkatan 1 lebih power english komunikasinye dr sy…

Jiwa anda x tertekan ke mase mengajar maths dlm english?
Ha3…sehingga ari nie perasaan tu mmg x de pun...lagi pun sy bukan mengajar bhs inggeris…hanya matematik yg bermain ngan angka2 n symbol…ttg ayat2 math dlm bhs inggeris lak…ayat2 tue cukup mudah...just baca je pe yg ditulih dlm buku….ttg sebutan n tatabahasa…sy main redah n blasah…pe yg penting…bdk2 akan jwp 1+3=4…bukannye = 10…

Penyampaian anda didlm kelas?
Of couse le sy guna bhs melayu…Cuma term2 n soalan jea dlm bhs inggeris..

Bagaimana respon ibubapa?
Erm….jika bdk2 sy dpt A…mak bapak mrk x kisah pun sy mengajor guna bhs inggeris ke melayu ke…mrk x tanya pun…janji anak mrk dpt A…tapi jika sy ngajor guna bhs melayu klasik pun tp anak mrk fail…mrk akan bising le…

Keputusan peperiksaan camne?
Alhamdulilah…utk PMR…dah dua tahun berturut2 sume calon dpt 100% A…utk spm lak…sumenye melepasi 95% bdk2 dpt A…melebihi sasaran yg tetapkan…


Anda setuju math diajar dlm bhs inggeris?
Erm…susah sy nk nyatakan pendirian sy sbb sy mempunyai dua pedirian yg berbeza…dr sudut penguasaan ilmu…x salah pun guna bhs inggeris…lagi pun bhs inggeris tu bhs perantaraan dunia dlm zaman nie…lambat laun…bdk2 tue nanti kena blajor gak term2 nie dlm bhs inggeris kat universiti…

ttg pendirian sy yg kdua lak…sebagai org melayu…sy le org yg paling berhak memartabatkannye…ini delah warisan tok nenek moyang sy turun termurun....warisan leluhur sy…erm kalu le mrk tu tahu sy mempelekeh2kan bhs melayu..n mengagong2kan bhs asing….sure mrk sumpah seranah kat sy 40 hari 40 mlm….

Apa pandangan anda yg terakhir?
Erm…atas dasar penguasaan ilmu…salah ke pelajar menguasai byk bhs?…sume bhs2 tue pun dr Allah gak….malahan ikon pahlawan melayu…hang tuah pn tahu byk bahasa….ttp unesco tlh membuat kajian secara scientifik...sebaik2 penguasaan ilmu maths n sains dlm peringkat asas…hendaklah diajar dlm bhs ibunda masing2 krn ianye mudah difahami…

tp kite sume mesti ingat…kalu ngajor math dlm bhs melayu pun…ianye bukan le satu jaminan bhw pelajar seluruh Malaysia akan 100% lulus….selama nie pun…ramai gak pelajar melayu yg gagal bhs Malaysia w/pun ianye diajar dlm bhs melayu…hu3

Monday, July 6, 2009

saya ngeteh ngan cucu sedara kat old town white coffee...

Read More..



Sepupu2 sy terlalu ramai…paling tua umur die dh 60 ++…sementara yg paling muda 3 tahun 4 bulan…ade sebahagian kecilnye dh kembali kerahmatullah n de lagi yg masih dlm perut ibu2 sedare sy…tunggu bulan je nk jengok alam duniawi…nanti kalu dh kuar kat perut ibunye…bru die tahu dunia nie besh ke x besh…dunia fatamorgana…

Dlm turutan umur sepupu2 sy sebegini…secara x langsung berdasarkan hiearaki kekeluargaan…sy dh pun mempunyai berpuluh2 org cucu sedara…mrk sume x panggil sy atok…sy rase cam tua sgt le ngan panggilan camni…nanti2 le panggil sy atok pas sy dpt carik sorang nenek…insyallah...

kemarin sy gi jay bee utk follow up treatment ayah sy kat spital pakar…wkt mlm sy stay kat umah anak sepupu sy di taman setia indah yg x beberapa jauh ngan jaya jusco area pandan…just utk transit one night…anak sepupu sy nie dh de anak remaja dh…yg sulong lelaki berumur 16 thn sementara yg bongu perempuan dh darjah 5 pun…ttg pelajaran mrk lak…mmg mantap kot…(abg dpt 11 A1 sementara adik lak dpt no 1 seluruh tahun 5 utk mid term exam bru2 nie)…dulu yg abg dpt msk ke sbp tp menolak saat2 akhir…nanti terkongkong katanye…

pd mlm semlm cucu sy tu ajak sy tgk wayang kat TGV di jaya jusco…cite psl transformer 2..revenge of the fallen…tp bile sampai kat sane…tiket2 sume dh sold…sy tanye die… pesal x booking dulu…die jwp…ibu die dh call dh tp talian hotline memanjang…erm sy ckp kat die...susah2 kite download je movie tu kat gr****d...pas tu kami pun wat keputusan ngeteh kat old town white coffee di outlet shop kat jaya jusco tu…sembang2 n melalut2 isu semase…


erm…sy tanya kat cucu sy tu…camne die leh study dpt 11 A1?...just nk korek2 rahsia n petua2…die ckp die study biase2 jea…Cuma otak tu kena segar le mase nk stdy…sy tanye lagi…camne nk segarkan otak tue…die ckp kena sukan byk2…n kena tido byk2…tambahnye lagi…mase stdy…die kena dengar lagu2…kena pasang ipod…kalu wat homework…kena wat kat dpn TV…kalu x die leh terlentok...ngantok... huh!…sy pun pening ngan petua2 die nie…petua2 org muda...

die tanye kat sy…camne life bdk2 dok asrama?...leh bwk ipod x?...leh dgr mp3 x?...leh bwk radio x?...sy jwp balik…pe2 yg disebut2 tu mende2 yg dilarang sama skali…dikhuatiri mengkhayalkan pelajar2…die bagik respon ngan jawapan sy…kalu ghitu…die leh kena heart attack kalu life camtu…x leh nk study…pe2 pn sy bls balik kat die…bdk2 dok asrama tue…jantung2 die sume dr besi…gerenti x kena heart attack punye…die senyum jea…

pastu sy cite ngan die…handpone2 bdk2 x leh simpan…kot2 berlaku penyalahgunaanye…tp bdk2 asrama…nakal die nakal bijak...maybe de bdk2 yg simpan sim card…cucu sy respon balik…kalu die jadik ckg @ warden...die x kisah sgt psl bdk2 nyorok sim card…tp yg paling penting memori card…byk unrevealed secrets data kat ctu...huh!...sy mane le tahu sgt mende2 nie sbb hp sy cap ayam…x pakai pun memori card…bateri pun 3 minit sekali kong...

erm…idup zaman skrg nie…rupa2nye…seseorg atok tu kena byk blajo ngan cucu2nya…nk wat camne…zaman dh berubah…hu3

Saturday, July 4, 2009

“quid pro quo”…hari terbuka SMSSI...

Read More..



Semlm berlangsungnye hari terbuka kat skewl utk memberi ruang kpd ibubapa memantau secara khusus keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak2 mrk…secara umumnye sy beranggapan event nie berjalan ngan lancar serta menepati ngan matlamat yg disasarkan…tahniah kpd pihak kaunselor krn berjaya menganjurkan majlis seperti nie utk menyatukan hati guru2 dn ibubapa demi mase depan anak2 didik smssi…

Sebenarnye hari terbuka skewl x sama ngan hari berjumpa pelanggan yg dianjurkan leh mane2 pihak berkanun n swasta utk memantapkan servis mrk…nie krn kami x menjual perkhidmatan serta menerima aduan sebelah pihak shj…hari terbuka kat skewl bermatlamat lebih dr itu n ianye bertunjangkan prinsip “quid pro quo”…interaksi dua hala give n take atr ibubapa n guru…

w/pun ari nie bukanlah klimaks utk menjana kejayaan akademik anak didik smssi tp ianye amat bermakna utk mengingatkan kpd guru2, ibubapa n pelajar ttg ikrar serta akujanji semasa pendaftaran intake seketika dulu…sebagai ibubapa yg secara tulus menyerahkan tanggungjawab didikan kpd guru2 n skwel…mrk berhak mengetahui secara kolektif ttg perkembangan anak2 mrk dr segi akademik…jasmani…emosi n rohani dibwh asuhan guru2 dicni...


kpd sume student2…sy berharap sgt2 bhw kalian mengerti n memahami bhw tanggungjawab kami delah sgt berat utk merealisasikan harapan n cita2 yg kalian impikan…erm sy faham sgt2 bhw utk jadik seorg pelajar yg hebat bukanlah mudah…terlalu byk rintangan n cabaran yg perlu kalian tempuhi…Allah tlh mengurniakan kalian satu sifat kecerdikkan dlm mentelaah pelajaran serta kebijaksanaan dlm mengatur urusan kehidupan…persoalannye sejauh manakah kalian memanfaatkannye...

hari demi hari terasa terlalu pendek utk kalian mebuktikan keupayaan anugerah tersebut…pe tah lagi dgn kesibukan xtvt yg pelbagai disini…erm kekadang tu sy terlalu letih melihat kalian study x renti2…tp percayalah…kesabaran kalian de ganjaran yg menunggu …malahan ianye amat berbaloi utk kalian nikmati nanti...

utk ingatan kpd calon2 PMR 09 n SPM 09…batch PMR 08 n SPM 08…benar2 tlh menyusahkan kite sume…mrk tlh meninggalkan satu bench mark keputusan PMR n SPM yg terlalu tinggi utk kalian tandingi…sy merasakan cabaran nie terlalu perit utk kite harungi…erm…namun begitu jgn le risau sgt...kita masih de masa utk mengatasinye… sama2 lah kita berusaha n berdoa… pe2 pn…terima kasih kpd batch PMR 08 n SPM 08 krn menjadikan kite sume lebih gigih n bersemangat lagi utk memartabatkan kedaulatan SMSSI…semoga Allah merahmati idup mrk hendaknya…

Tuesday, June 30, 2009

pesilat2 SMSSI berlatih tak sampai 24 jam tp leh jadik johan keseluruhan daerah...hanya memuji...

Read More..



Dua minggu pas cuti penggal pertama skewl…sy masih lagi lom berpeluang utk berada dlm kelas…rindu nk menatap wajah anak didik masih membara…keghairahan nk ngajor maths trus memuncak tp sayangnye ia diawang-awangan je…x de tmpt nk ditempiaskan…pe leh wat…berturut ari sy berkursus…dr jay bee hinggalah ke kay ell…idup bak musafir berkelana tp nginap kat hotel yg de star…

Pas balik dr kursus IT kat federal hotel…ari senin 22 jun sy terima surat n borang pertandingan silat peringkat daerah dr pejabat skewl…sebagai guru penasihat kelab silat…sy dh mula mengelabah puyuh…nama sape yg nk diselitkan kat borang nie nanti…nk tulih nama bdk2 form 3 yg berkelayakan…mrk de stdyton kat timotel…nk ambik nama bdk form 5…boleh ke?...borang2 nie lak kena isi sehingga esk sbb lusa sy dh kena pegi ke pontian utk kursus wasit juri silat olahraga kebangsaan…erm…lama lak tu…sampai 26 jun…sedangkan pertandingan silat daerah tu mula pd 30jun…27 jun lak sy dh wat appointment ngan toyota branch kat batu pahat…28 jun lak sy kena gi ke rompin…so ari yg ade… sehari je utk bdk latih silat…pd 29 jun...tue pn x sampai 24 jam…dh nasib badan…

Thn nie mmg x de pertandingan silat olahraga peringkat daerah…yg de jurus putera n puteri..silat tempur…n tari seni…erm… bersediakah bdk2 tue nanti…wal hal selama berbulan2 latihan silat kat skewl…hanya lian paduka je tersemat dikalbu…jenis silat2 yg dipertandingkan mrk lom arif lagi...ade ke mase utk bdk2 nie berlatih utk menjadik juara?...ati sy dh mula berkocak kerisauan…


Pd 29 jun…sehari sebelum pertandingan bermula…ckg madi ajak sy bwk bdk tgk gelanggang kat dwn serbaguna nitar…ttg nama2 peserta lak…zahin (pengerusi silat) dh pilih dh…sume kategori kite masuk…. Pe rahsia yg org laen x tahu de lah :- peserta2 yg terlibat ngan jurus wajib x reti pun psl nie…sementara peserta2 kategori laen...tercungap2 nk hafal step thn lepas yg dh nk pupus dr ingatan… pastu thn nie… first time gian nk masuk kategori silat gempur…try and error…

Pas balik dr check gelanggang…dlm kul 5.00 ptg…sy bwk bdk2 lelaki gi jumpa mail…tok guru perguruan lian paduka kat kedai jah goreng pisang…bincang2 n sembang2…erm…akhirnye kami wat keputusan muktamad…kategori jurus wajib putera kami tarik diri…nanti kalau kalah wat malu perguruan jea…lagi pun bdk2 yg nk wakil tue langsung x didedahkan ngan jurus nie…kategori laen kami masuk…main redah semacam…

Erm… dlm kul 9.00 mlm…pas bdk2 gi prep sejam…bdk2 kite mula le berlatih terkontang2 kat bilik muzik…berlajo melalui cd yg bru dpt ptg td ngan pengerusi teknik silat daerah…cedok ilmu tu skit2…selebihnye mrk byk nokok nambah guna sixth sense…janji logic…erm mula le create gerak pukul sendiri2…pe yg terlintas…tue je le yg dpt…lawan tetap lawan…

pd ari nie 30 jun…mase keputusan diumumkan…skwel kita tlh menjadik johan seluruhan daerah…dpt johan utk 3 kategori iaitu silat seni tari putra n puteri serta jurus puteri…sementara silat tempur putera dpt no 2 n silat tempur puteri lak dpt no 3…

Dr sy secara peribadi…sy nk ucapkan jutaan terima kasih n tahniah kat bdk2 nie krn sanggup nyusah2kan diri sendiri demi menjulang nama sains iskandar…erm...kecintaan mrk terhdp smssi amat bermakna utk dikenang wat generasi pelapis…hanya iskandarian shj yg mampu memartabatkan maruah smssi dgn jiwa raganye…hanya memuji…hu3

Saturday, June 27, 2009

jika Michael Jackson tlh beriman kpd Allah…

Read More..


Pebile sy dpt tahu Michael Jackson dh meninggal dunia…automatic sy memikirkan bagaimana kaedah keluarganye mengkebumikan jasad beliau nanti…jika berite november thn lepas de lah benar bhw beliau tlh menganut agama islam…maka kaedah islam lah yg patut dipilih leh keluarganye...takdir atas dirinye mengakhiri kehidupan didunia dgn agama yg membawa kesejahteraan terhdp manusia…

MJ seorg lagenda …seseorg lagenda tu de lah genius...beliau tlh mencipta sejarah serta merevolusikan sesuatu idea yg mendahului zaman dlm bidangnya …fenomena yg dicetuskan lehnye tlh mengubah landscape hiburan dunia 360 darjah sehingga ke ari nie...jika beliau mati pun…lagendanye akan trus bernyawa di alam fana nie…sesiapa pn x leh menafikan bakat yg dianugerahi Ilahi kpdnye…luar biasa skali…

Kemuncak kegemilangan MJ mewarnai zaman pra remaja generasi sy…sy bukan le org yg taksub ngan beliau… w/pn kugiran katak dibelakang umah sy cuba mengiringi sy nyanyi lagu2 beliau…sy ttp x reti nyanyi gak …erm…pe2 pn sy amat terpikat ngan video clip serta gerak tarian beliau…tarian beliau cam robot…lenggoknye pelik tp disebalik gerak geri tue tersembunyi auranye…mmg wajar le beliau digelar king of pop sepjg zaman…


Setiap konsert yg dijayakan leh beliau amat memukau skali….tenaga beliau diatas pentas mase wat persembahan x leh dikalahkan mane2 atlet dunia...sekirenye beliau berdiri tercegat pn...dh cukup wat peminat2nye jadik histeria...kekaguman peminat2 terhadap beliau melampaui kewarasan manusia normal...seolah2 dlm dunia pd wkt tu…die sorang je penyanyi yg ade….jika wkt nie le…beliau menghembuskan nafasnye yg terakhir…sy rase de lah beberapa org peminat fanatiknye yg akan membunuh diri …cam MJ berhala bernyawa lak…dipuja2 penuh extreme…

Erm…dunia dh tahu sgt ttg scandal2 beliau…tp carik le mane2 superstar dunia yg x de scandal…mmg x jumpa punye…dh adat org yg termasyhur dlm dunia hiburan…scandal2 nie le yg menjadik minyak tanah agar api kemasyuran tu trus x terpadam…namun begitu kemasyhuran x dpt menjamin ketenangan idup sesiapa…termasuk le diri beliau…luaran shj nampak bahagia…soal dalaman penuh bergelora…menderita…

Dlm dunia nie…hanya agama islam shj yg leh memberi ketenangan jiwa kpd manusia…jika MJ tlh beriman kpd Allah…menyerah diri kpdNya…dosa2nye akan terhapus…insyallah…ketenangan yg beliau cari selama nie ketemu gak akhirnya…

pe2 pn cite… kite tunggu upacara pengebumian beliau…hanya Allah shj yg mengetahuinya…

Sunday, June 21, 2009

Luqmanul Hakim sebagai ikon seorg bapa yg terbaek sehingga akhir zaman

Read More..



Hari nie ari bapa…nape tarikh ari nie terpilih…sy pn x tahu…sepanjang idup sy…sy x pernah memperingati ari nie w/pun ayah sy masih idup n diri sy lak belum lagi diperingati leh anak2 sy sbb sy blom kahwin…erm…sesekali membicarakan psl bapa nie rase cam besh lak…

Fitrah seseorg lelaki bile wat pertama kali menimang cahaya mata…gumbiranye Allah shj yg tahu…kalu leh nk wat cheer kat dpn baby tu …”aku dh jadik seorg ayah”…sy x pasti le keriangan tu disebabkan mendpt anugerah dr ilahi @ nk bgk tahu seluruh dunia bhw kejantanan aku tlh terbukti…pe2 pn terserah le pd nawaitu masing2…

Menjadi seorg bapa nie…terlalu berat tanggungjawabnye… amanah nie sudah pun bermula semasa menyuarakan azan kepd anak lelaki @ qamat kpd anak perempuan selepas shj anak itu merasai hirupan udara dunia wat pertama kalinye…signalnye simple jea…bapa lah org yg mula2 mengajak anaknye menuju kejayaan…kejayaan dunia n akhirat…

Allah maha pemurah n maha bijaksana…Allah x membiarkan seseorg bapa tu mendidik anaknye tanpa pedoman…difirmanNya kisah Luqmanul Hakim sebagai ikon seorg bapa yg terbaek sehingga akhir zaman…malahan satu surah sempena nama Luqmanul Hakim membuktikan pengikhtirafan jasa seorg bapa itu amat dihargai leh Allah s.w.t…Bapa le org yg sepatutnye memperkenalkan kalimah tauhid kepada zuriatnye…ironiknye ketukan pertama pintu syurga utk seseorg anak itu delah ditunjuk ajar leh bapanye…


Hakikat sebenarnye…seseorg bapa itu wajib mendidik anaknye mengenal tuhan yg menciptanye…beribadat kpdnye serta bertanggungjawab agar anak2nye tidak dimamah leh api neraka…jika nie lor amanah yg tlh disempurnakan leh seseorg bapa…insyaallah anak itu akan memperingati bapanye sepanjang masa dari dunia sehingga le ke akhirat…bukan utk sehari shj seperti ari nie…hu3

Friday, June 19, 2009

Perselisihan pendapat isu kerajaan perpaduan

Read More..



Tn guru Nik Aziz delah seorg ulama veteran sementara Ustaz Nasharuddin lak seorg ulama muda…sesiapa shj yg bergelar ulama dh tentu diangkat darjatnye sebagai pewaris nabi…tiada ulama yg bersifat jahil samada jahil ilmu dunia n jahil ilmu akhirat…namun bgitu kedua2 ikon pemimpin parti PAS nie bukan le maksum…sifat khilaf tetap akan wujud juga dlm diri mrk dan ianye akan menjadik isu yg diperdebatkan sekiranye kekhilafan tersebut disensasikan leh pihak media yg cuba menangguk di air keruh…

dlm kemelut mutakhir nie…isu kerajaan perpaduan dh jadik pemangkin kpd bersalahan2 pendapat antara keduanye…erm sehingga ke saat nie…sy sendiri pun kurang jelas n kabur terhadap konsep kerajaan perpaduan…ianye seolah2 sebuah novel yg mempunyai tajuk yg dihighlightkan secara dramatic sedangkan isi kandungannye umpama helaian2 kertas yg kosong belaka…

sebagai org awam… sy sendiri x dpt nk membuat sebarang hipotesis samada prinsip Tn guru Nik Aziz yg patut ditaati @ buah fikiran utaz Nasharuddin yg patut diikuti sbb secara detailnye… itam putih kerajaan perpaduan nie lom diterjermahkan lagi dlm sebarang btk perjanjian bertulis…tiada syarat2 piagam yg ditetapkan…ianye masih omong-omongan shj n x lebih drpd itu….

Lipatan sejarah tanah air kite tlh membuktikan bhw peselisihan politik antara kaum tua (didefinisikan kpd ajaran-ajaran daripada syeikh-seikh tariqat yang tumbuh dengan banyaknya selepas kejatuhan Baghdad) dgn kaum muda (satu gerakan aliran reformis di peringkat dunia yg dipelopori leh Jamaluddin al-Afghani…Sheikh Muhammad Abduh…dan Rasyid Redha) bukan le perkara baru…dan sekarang nie sejarah itu berulang kembali dlm zaman dan isu yg berbeza tp masih dlm plot penceritaan yg sama…sekadar perselisihan pendapat..


Secara asasnye…percanggahan pendapat antara ulama delah letusan2 kecil yg membawa kerahmatan n keuntungan kpd sesiapa shj sekiranye ia dibincangkan secara berhikmah…dlm islam perselisihan nie merupakan perkembangan intelektual yg patut disuburkan selagi ianye tidak bercanggah dr segi akidah…still berpaksikan Al-Quran n Hadis...namun begitu sekirenye perselisihan pendapat nie tidak diurus ngan baek maka ianye leh mendatangkan porak peranda lak...

pe yg sy tahu…isu kerajaan perpaduan nie tidaklah tertakluk atas perinsip2 akidah n syariah…ianye setakat dlm lingkungan elemen2 strategi politik kepartian...dari segi adatnye strategi politik perlulah fleksible ngikut keperluan semasa....erm dlm isu2 sebegini…x wajarlah mane2 pihak membuat sebarang spekulasi tersendiri ngikut emosi…pe2 pun kalu nk bagik pandangan skit2 tanpa memudharatkan ukhwah tu x de salahnye...

Dr segi teknikalnye lak…elok sgt lor golongan2 ulama nie tidak mempublish pendapat2 mrk ttg isu nie secara terbuka selagi belum diputuskan dlm majlis syura krn ianye leh membawa kpd kekeliruan ummah…lagi pun x sume pengikut2 mrk bijak membuat komen yg bersandarkan kpd hujjah pengetahuan agama n pengalaman politk yg mantap…entah2 muqqadam pun lom khatam lagi…tarikh kemerdekaan Negara ngan penubuhan Malaysia pun selalu confused…

erm...pe yg sy paling takuti delah…org2 munafiq akan mengambil kesempatan merakamkan isu2 nie menggunakan kamera digital mrk utk menayangkan photo2 berselisihan pendapat ulama tersebut kpd umat islam yg iman die masih suam2 kuku dan org2 kafir yg bru nk berjinak2 dgn agama Islam...pe tah lagi photo2 nie akan diedit sedikit ngan menggunakan installer grahfic hasil ciptaan syaitan n iblis laknatullah...hu3

Sunday, June 14, 2009

Pura-Pura Adanya

Read More..



Yang ku ingin lari dari dia
namun jauh darinya ku merana
ingin melupakan teringat jua
dan ku ingin membenci dirinya
namun pasrah cintaku baginya
jauh tapi dekat, dekat tapi jauh
adanya...

Kumenangis karena dia
kutertawa bahagia karena dia
ku bersedih karena dia
ku mendesah kenikmatan
karena dia...

Dan yang ada tulus dia menyinta
dan menyayang diriku setulusnya
setia dalam kata, setia dalam rasa
dan adanya karena tata krama
menimbang perasaan hal sesama
tertekanlah hati
timbul pura-pura adanya...


Friday, June 12, 2009

Dunia akhir Zaman...

Read More..



Wat pertama kalinye hati sy agak sayu…sementara jari jemari sy menggigil menahan getar utk menulis artikel ttg pembunuhan terancang yg berlaku di Kg. Air Tempayan, Mukim Choo Airong di Narathiwat, Selatan Thailand pd Isnin 13 Jamadil Akhir 1430…

Kejadian berlaku ketika jemaah sedang mendirikan solat isya di Masjid Al Furqan yg di imamkan leh Haji Wan Abdullah Bin Wan Latif (62)...Sewaktu Hj Wan Abdullah sdg membaca surah Al Fatihah pd rokaat kedua...tiba2 bunyi tembakan kedengaran drpd sebelah kiri n belakang mereka...Tembakan itu menyebabkan Imam Hj Wan Abdullah serta 11 lagi jemaah meninggal..sementara 11 lagi cedera parah...Kesemua mereka dikebumikan didlm satu liang lahad dikg tersebut...

Dlm islam ikatan persaudaraan berlandaskan keimanan n ketaqawaanye…sume umat islam bersaudara…tiada criteria ttg warna kulit…bangsa…keturunan serta status sesuatu negara yg dpt menghalang ikatan tersebut…bahkan persaudaraan nie menjadik soalan wajib yg akan ditanya di alam bazarkh nanti pebila munkar n nakir menyoal simati…”siapakah saudara kamu”…maka dgn keimanan yg kukuh…jawablah kite…"umat islam delah saudara2ku…"...Pe yg berlaku di selatan thailand tue ternyata melibatkan pembunuhan saudara2 kite sume...cubit peha kanan...peha kiri sakit lah juga...


Dunia memandang sinis n sepi terhadap kezaliman nie…malahan ianye disifatkan hanya konflik dalaman selatan Thailand…itu shj…Nampak sgt…dunia islam skrg tdk mempunyai pe2 pengaruh n kuasa…hanya kata2 shj yg mampu mengutuk kezaliman nie...

Sekiranye peristiwa nie berlaku dizaman kegemilangan islam dahulu kala…nescaya tentera2 berkuda tentera islam dimana2 jua dibumi nie akan tangkas berlari menuju ke tempat kejadian...berperang jihad utk membela setitik darah umat islam yg tumpah ke bumi…sejauh mane sekali pun tmptnye bukan menjadik alasan…maruah n darjat islam mengalir pd darah umatnye…semua umat islam delah bersaudara…jgn skali2 menghina agama n umat islam...

Sy amat akur n terima hakikat di zaman nie bhw sy bernafas bukanlah sewaktu zaman kegemilangan islam…skrg nie umat islam tlh menjadi umat dagang…w/pun tidak merempat tp kuasa n pengaruh utk menghalang kehinaan terhadap islam de lah terbatas…tidak pelik sekiranye umat islam dilabelkan sesuka hati leh para kafirun ngan pelbagai gelaran yg penuh keaiban dizaman nie…Dunia akhir Zaman…hu3

P/S : moga2 mangsa kejadian diselatan thailand tergolong didlm org2 yg mati syahid...amin...amin...yarabala'lamin..

Wednesday, June 10, 2009

menara gading yg diimpikan dh bertukar jadik menara kaca yg terhempas dibumi…

Read More..



Pd 31 mei lepas…USM tlh membuat kesilapan teknikal dgn memasukan sume senarai nama pelajar yg diterima n ditolak dilaman web USM seramai 8 173 org sebagai calon berstatus berkelayakan diterima masuk…sdgkan permohonan yg diluluskan de lah 3 599 org…erm…satu lagi fatamorgana dlm dunia pendidikan negara kite tlh muncul gamaknye…

Nie kali pertama USM wat silap seperti nie sejak penubuhannye pd thn 1969…Maybe satu2nye university di dunia yg wat silap seumpamanye…Pe2 pn merit wat naib canselor USM atas sifat tanggungjawab n ketelusannye mentadir dgn membenarkan kementerian pengajian tinggi menyiasat berhubung isu nie…sy puji…

w/pun isu nie x sampai peringkat menggemparkan negara tp ianye dh pun menggemparkan calon2 yg memohon jadik mahasiswa di pusat pengajian yg bertaraf Apex nie..jika mrk benar2 layak n terpilih…no problem….tp yg x layak tetiba dipilih maka ianye bukan setakat problem kpd pemohon malahan dh jadik polimik kpd institusi nie…erm menara gading yg berkilat dh pun tercalar sedikit…


sy x nk wat sebarang spekulasi ttg kesilapan nie…ianye sdg disiasat…kebiasaanye kesilapan output data x leh dihumbankan 100% kpd manusia…adakalanye komputer pun leh pening2 lalat…dlm isu nie hanya badan penyiasat shj yg leh buktikan siapa yg lebih dominan wat silap…manusia @ komputer…kite tunggu n lihat…

Dlm scenario sebegini sy x dpt gambarkan gimana perasaan calon yg dikategorikan “data ralat”…maybe kompang dh berbunyi…kenduri doa selamat dh dibuat…benih keazaman bru dh mula disemai tapi sumenye hampa belaka…kegembiraan diharap berpanjangan tp dh terbantut…menara gading yg diimpikan dh bertukar jadik menara kaca yg terhempas dibumi…musnah berkecai…hu3

Sunday, June 7, 2009

tiada yg tuah melainkan bala sahaja...

Read More..



Ati sy tersentap jap bile terpandang satu hasil berita yg terpampang di muka hadapn akhbar mainstream ari nie…ape motif…ape tujuan…ape kebaikkannye…sy pn x tahu…

Tajuk : menang loteri terbesar AS.

Muqqadimah : Pierre, south dakota…6 jun – tuah ayam nampak dikaki..tuah manusia siapa yg tahu…

Point berita : menang cabutan loteri terbesar dlm sejarah amerika syarikat…RM 812 juta..

Nilai murni cite : pemenang tersebut berhasrat membeli ladang yg lebih besar membalas kebaikan jiran-jirannye serta berjanji mebelanja wang itu dengan bijak

Ulasan sy :-
Loteri satu istilah komersial antarabangsa utk perjudian…cukup jelas dlm islam…judi tu haram…sy skit pn x hairan sekiranye cerbisan berita nie digunting n diphotostate besar2 leh taik2 judi dinegara kita…pas tue ditampal @ digantung di dinding siap ngan frame nan indah…ngan alasan satu motivasi yg amat mahal…ssh nk dpt berita cam nie…entah2 siap laminate skali…(majority taik judi 4D delah org melayu)…

Sy x tahu dimana relevannye menggunakan perkataan tuah pd muqqadimah berita tersebut…pd hal ianye saham masuk ke neraka…baca le mane2 tafsir al-quran @ hadis…x de satu pun org yg masuk neraka itu di anggap bertuah…bala ade le...


Nilai murni dlm berita nie lak seolah2 menutup keburukan berjudi tue…dlm islam…kaedah x menghalalkan cara…wat le sejuta kebaikan pun…jika sumbernye haram…value keberkatan de lah sifar…depan mata kite…kite ingat org sanjung kite tp kite x tahu…berlakang mata kite…kite dikutuk siang n mlm leh sume makhluk dibumi n langit…

erm…utk diri sy lak…sy lebih rela makan nasi berlaukkan ikan masin sekirenya sy ketahui lauk ayam montok n gebu yg dihidangkan kat sy delah hasil perjudian…walaupun sebesar mane pun hasil perjudian itu dikaut…nilai RM tersebut lebih hina darjatnye dr segulung tisu tandas…hu3

Saturday, June 6, 2009

rintihan kasih seorang anak...

Read More..



Akan sampai waktunye seseorg anak yg masih mepunyai kedua ibubapanye mengalami fasa kegusaran yg kemuncak…dimana saat2 yg mmg x mampu utk hadapinye tp perlu tempuhi jua…

Dlm meniti hari pd usia dewasa…akhirnye sy berhadapan ngan kemelut sebegini…sy menjadik buntu seketika…kudrat sy amat terbatas…setiap detik...hati sy semakin gusar n berkecamuk sekali…ya Allah tolonglah hambamu yg dhaif ini…

Semenjak dua bulan lepas…sehinggalah ke hari ini…kedua ayahanda n bonda sy mengalami penyakit yg amat berat serentak…pd 12 jun nie…ayah sy yg tlh tua perlu menjalani pembedahan dilehernye di hospital sultanah aminah…sementara ibu sy yg mempunyai penyakit kencing manis n darah tinggi mengalami batuk yg berpanjangan n x terhenti2 siang n mlm…


Leh sbb sy tidak mempunyai adik beradik yg ramai (sy dan kakak sy shj yg ada)..masalah nie menjadikan sy merintih sendirian…sy x sanggup kehilangan org tua sy dlm mase terdekat nie..sy masih memerlukan mrk…sekurang2nye utk 10 thn akan dtg…rasenye masih byk jasa yg belum sy balas…sy belum puas lagi…moga2 mrk
mengampunkan segala dosa sy sejak sy dilahirkan sehinggalah skrg…

Ya Allah yg maha berkuasa…kasihanilah kedua ibubapaku…panjangkanlah umur mrk…pulihkanlah penyakit mrk…keuzuran mrk adelah keuzuranku juga…sembuhkanlah kesengsaraan kedua ibubapaku agar mrk berupaya beribadat kpdmu…buat diriku…aku masih belum bersedia utk berpisah ngan mrk di dunia ini…aku masih memerlukan kasih sayang mrk… amin ya rabbal alamin…

Friday, June 5, 2009

Jiwa Hamba...Jiwa Seorang Guru...

Read More..



Sy pernah berkata ngan member2 rakan sekeje sy…hanye guru shj yg mengerti keje guru nie pedia…sekiranye sape2 shj disini yg kedua ibu bapanye seorg guru…mrk layak menjadik saksi bertapa boringnye mrk dr kecik hingga lor besor pjg…x de cite laen yg didengarnye melainkan sekolah…budak…sekolah..budak…erm..ntah2 sebelum beradu pun..mak bapak mrk cite psl sekolah lagi…jiwa seorg guru…

Sayangnye guru2 terhadap pelajar die susah nk diterjermahkan ngan kata2…kekadang tu..guru2 terpaksa mengambil risiko utk memanusiakan pelajar nie w/pun tindak tanduk guru2 tersebut tidak sepopular pe yg diidam2kan leh anak didiknye…dlm situasi sebegini…ada pelajar yg faham…tp lebih ramai yg x faham…sy rase lor..mrk2 nie akan faham gak nanti setelah kuar dr sekolah n menjalani kehidupan sebagai org dewasa yg sebenar…


Sy tertarik ngan kisah ckg Abd Halim Abd Rahman yg mengajar di sekolah kebangsaan Jeneri kedah…Dlm keadaan rumahnye yg terbakar semalam…pe yg difikirnye…bukanlah menyelamatkan harta bendanye..ttp dokumen2 penting ttg sekolah n anak muridnye…petikan kata2 beliau :

“Perkara pertama yang terlintas di fikiran ketika itu ialah dokumen penting milik sekolah dan keluarga di dalam bilik tidur dan tanpa berfikir panjang meredah masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik tidur untuk menyelamatkan semua dokumen berkenaan…”

“Syukur saya selamat dan semua dokumen itu berjaya dibawa keluar walaupun barangan lain di dalam rumah musnah sama sekali menyebabkan saya tinggal sehelai sepinggang,”


w/pun sy x pernah mengenali beliau…ttp atas rase pengkongsian kerjaya yg sama…Pe yg wajar sy ucapkan de lah…"Semoga Allah redha atas kehidupan sdr sebagai warga pendidik…"...Jiwa seorg guru…hanya guru shj yg tahu…hu3

Wednesday, June 3, 2009

Mengapa Stadium Sultan Zainal Abdin bumbungnye runtuh...

Read More..


Utk membina sesuatu projek mercu tanda sesebuah negara dlm btk stadium bukannye hasil keje perseorangan tp byk pihak yg terlibat sama...pet tah lagi ianye melibatkan pelaburan kewangan yg sgt besar…duit rakyat lak tue…bukannye 2 ringgit @ 3 ringgit…tp ratusan juta…Kalu ngikut bilangan ringgit secara fizikal…jenuh kite nk kire…org gemuk pun leh kurus kalu kire jumlah duit nie seringgit2 non stop siang n malam…x de ruang utk makan n tido…banyak tue….

Lumrahnye sesuatu mercu tanda tue…mestilah gah dimata rakyat…keindahannye…kesempurnaanye…manfaatnye…sumenye bebentuk pujian2 belaka…Seandainye pe yg dirancang menjadik nyata…x salah sikit pun saham2 pujian patut diberikan kpd mrk yg terlibat dlm pembinaan nie…samada kerajaan…kontraktor…koordinator projek...engineer...QC/QA...serta cendiakawan2 arkitek yg mencurahkan idea utk merealisasikannye…erm...camne lak ngan stadium Sultan Zainal Abidin di Trengganu?...

Sayang seribu kali sayang…“Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari…”…pepatah nie seolah2 menjadik sumpahan kpd stadium sultan Zainal Abidin nie…kekukuhan yg sepatutnye berpuluh2 tahun tp bumbungnye dh runtuh setelah setahun usianye…siapa yg sepatutnye bertanggungjawab?


Sy teramat yakin…pe bila berlaku tragedy sebegini…teori bangau oh bangau akan dijadikan benteng terakhir leh mane2 pihak yg terlibat dlm pembinaan stadium yg bernilai RM 292 juta nie…pe2 pun yg terjadik…mrk ssh nk ngaku n memikul tanggungjawab...helah bela diri ttp ade...sikap org Malaysia…

jika tiada siapa yg sanggup ngaku..sy rase lor…keruntuhan nie berpunca dr serangan reksasa sepit ketam…erm...sebagai asbab :- pesal otoman lambat sampai ek?...kalu x bumbung stadium nie x akan runtuh…akhirnye…otoman gak yg salah…kesian otoman…hu3

p/s: erm...nk repair nanti guna duit rakyat lagi...

Monday, June 1, 2009

sy sokong chin peng jejak kaki kat Malaysia...tapi...

Read More..



Sy tahu cite psl chin peng de lah melalui buku sejarah mase sy sek menengah dulu…tp dlm buku tue x de lak cite detail sgt psl chin peng nie…setakat jawatan die sebagai s/usaha parti komunis yg berunding ngan Tunku Abd Rahman di Baling pd thn 1955…tp gagal…pastu die jadik ketua komunis...

Pd ari nie…sejarah chin peng berulang lagi…ianye bukan le berkisar pd agenda perjuangannye yg ingin mengkomuniskan Malaysia tp lebih kpd perjuangan utk trus idup di bumi nie sebelum ajalnye tiba…boleh ke?

Cite2 psl komunis bukan le kisah era zaman sy..tue kisah mase moyang2 sy sdg galak bercinta…erm bertuahnye sy sbb dpt dengor melalui lisan drpd moyang sy merangkap generasi yg pernah mengharungi zaman nie secara live…intipati cite :- tiada satu pun yg baek2 melainkan porak peranda n mala petaka shj…selazat2 makanan mase lunch n dinner de lah beras ancur + ubi kayu lenyek…Psl nyawa lak…nyawa manusia lebih murah drpd nyawa seekor cicak…bezanye cicak x kena pancung idup2…


Erm…nk wat camne eyk…tlh ditakdirkan chin peng nie dipanjangkan umur…pas tu kemaruk le pulak nk jadik anak watan Malaysia…terimakah kite?

Jika dihisabkan umur chin Peng nie…kiranye dh jejak 85 tahun…usahkan nk mengangkat senjata…nk angkat peluru sebiji pun terketar2…masihkah die mengancam keselamatan negara?

Generasi skrg x peduli sgt pun ttg individu pra sejarah kemerdekaan nie…sape2 pun chin peng…mrk peduli pe…x kenal pun…x jejas pun idup mrk….laien lor jett lee yg nk jadik warganegara Malaysia..entah2 kat KLIA beratus2 bunga manggar menunggu…

Laen lak ngan generasi dulu2… w/pun kezaliman komunis nie dah berlalu sejak 67 tahun lampau...rasenye perasaan dendam ngan chin peng masih panas membara lagi…...erm...hutang nyawa di bayar ngan nyawa gak…Cuma sy x pasti lor…jikalau chin peng jejak bumi Malaysia nie..tetiba de org bunuh die…de kah org tu terlepas dr tali gantung?...

Jika ikut pandangan sy lor…tok sah bising2 @ halang chin peng nk datang…malahan sy sokong 100% die nk jejak kaki kat bumi Malaysia…tapi pas 3 minit jea dia sampai kat KLIA…trus kite injek die ngan virus H1N1 ….okay x?...

kalu x pun...ajak mat2 rempit serek chin peng ikut highway utara selatan...dr bukit kayu itam perlis sampai lor kat air itam jhr...bior jasad die jadik itam legam...sekurang2nye berjasa gak mat2 rempit nie pd negara...berjasa membunuh ketua komunis...hu3

Saturday, May 23, 2009

setiap pelajar satu komputer riba...

Read More..



Pe bile de sebuah negeri pantai timur memperuntukan sebanyak 30 juta setahun utk membekalkan komputer riba (RM 1300 sebuah) kepada pelajar seramai 23 ribu org ngan alasan utk melonjakkan pencapaian akademik maka ati sy dh jadik kompius dh…

w/pun diutarakan ngan pelbagai gambaran positif yg mulus2 utk menghalalkan projek nie…namun begitu bagik diri sy…ianye mengundang byk kesan yg lebih negative n wat bazir jea...

1. sejak bila para pelajar dibangku sekolah manfaatkan sepenuhnye penggunaan medium ICT utk tujuan pembelajaran?...

(Berdasarkan kajian sy terhadap penggunaan ICT di makmal sekolah…pelajar lebih ghairah menjadikan alat elektronik nie sebagai alternative mencapai maklumat hiburan drp pembelajaran…)

* Suara2 halus sering menghantui pelajar ke tmpt nie…terutamanye pd lwt2 mlm n seawal2 pagi…erm kalu x…x de lah istilah ceroboh makmal komputer dlm kamus ICT versi melayu moden…

** Semasa ckgu2 sdg mengajar @ menayangkan info akademik dlm makmal komputer…pelajar selalu sgt ambik kesempatan utk melayari web2 yg x de sangkut paut ngan ilmu tersebut kat komputer atas meje mrk...{kalu x pun main solitaire...}

*** Kebanyakan pelajar akan menjadikan tugas2an ilmiah @ sebarang pencarian ilmu atas platform utk sebarang pertandingan sebagai batu loncatan utk mengakses maklumat yg x sepatutnye dimakmal komputer...


2. Pe bila kita terjermahkan definisi komputer…maka tulang temulang daging n rohnye delah berasaskan elektronik…sememangnye sifat2 elektronik tue sgt sensitive emosinye…jika terjatuh skit…dah rosak dh…

( jika alat nie dicagarkan sebagai penganti buku teks sekolah maka ramai lor pelajar2 wat alasan x siap keje sekolah sbb alat nie rosak...jika gagal dlm peksa..leh reka alasan skrin komputer kena virus H1N1...blur jea...x leh nk stdy )

* Jika rosak…sape ngan bayor rosak tue?...

** Adakah bdk2 skewl rendah yg naek basikal de jaminan komputer yg mrk bawa tue bebas dr gegaran?...( jika yea...basikal jenis pe tue?)


3. Bagaimana proses audit kurikulum kat skewl?

* Adakah setiap pelajar kena burn Cd utk antor keje sekolah? (jgn silap antor cd dah lor...)

** Jika soalan math terutamanye melibatkan diagram...de kah student leh conteng2 kat screen comp?...kalu kena salin balik atas kertas...baek x yah guna komputer nie...wat penat student jea...

*** Camne ckg2 nk semak hasil kerja budak?...jika nk tunggu sorang2 print hasil tersebut kat dlm kelas…alamatnye sampai senja lor bru siap…tue pun jika disediakan satu printer setiap kelas…( seminggu sekejap jea ink tue abis- sape nk bayor?)

4. Kitaran hayat specifikasi komp nie persis rama2...pendek jea hayat keserasiannya ngan software2 terkini...jika thun nie guna...6 bulan laie dh x valid dh ngan enviroment gadjet2 semasa...(leh ke update @ tukar yg bru?...)

Alasan2 laen sy x nk tulih lagie…nanti jadik panjang lak artikel nie…pe yg sy nk tegaskan bhw sy…:

a. sy x anti kemajuan idup berkomputer tp berpada2 le…x perlu le dibekalkan setiap pelajar ngan sebuah komputer…pe tah lagi utk pelajar2 dibangku sekolah…Laen lor bdk universiti…byk assignment nk kena taip…ssh maa x de mende alah nie!!!

b. Duit sebanyak itu elok sgt utk mengupdate makmal komputer (de komp kat makmal masih laie spec utk o/s windows 98 - cam makmal sy lor tue) n peralatan PPSMI @ program2 pendidikan yg laen...(Prgm Berita harian pun - mak bapak kena bayor)...

c. Dlm kemewahan sebegitu…rasenye de segelintir keluarga yg masih x mampu utk membayar yuran2 persekolahan anak2 mrk…nie lebih afdhal didahulukan…

[ melonjakan pelajar utk hebat maen game @ download lagu maybe ianye praktikal dibekalkan …tp melonjakan pelajar dlm akademik..jiwa sy masih samar2 nk mengatakan tindakan nie delah bijak ]...hu3


Tuesday, May 19, 2009

aksi mantap lakonan guru2 smssi sempena hari guru 2009

Read More..

sempena hari guru peringkat skwel yg bertemakan glamour hollywood...guru2 kite tlh wat beberapa persembahan...atrnye pe yg tlh sy upload dicini...

sy x dpt nk upload dlm satu movie blog memandangkan fail video persembahan guru nie melebihi 100MB...sdgkan kadar max upload movie di blogspot de lah 100MB...trus sy wat merge2 fail nie n jadikan ianye kepada 2 bahagian video dlm blog utk tatapan sume...

tajuk persembahan :aci-aci bukak pintu

nyanyian aci2 bukak pintu didendangkan leh ckg2 pompuan..sementara pelakon2 aksi ganas tue :

ckg zairi sebagai aci
ckg sara sebagai nana
ckg ezuddin sebagai antu org putih
ckg azlan sebagai antu org jawa
siseh yap sebagai antu cina...

pe2 pn...persembahan nie amat fantastik n bersahaja n mendpt sorakan gemuruh dr awal hingga akhir dari penonton...tahniah...ckg2 mmg hebat berlakon...selamat hari guru...semoga terhibur...hu3


bahagian 1

Read More..

bahagian 2

Read More..

Saturday, May 16, 2009

selamat menyambut hari guru...

Read More..



Pe yg sy tahu…bulan mei merupakan bulan yg mempunyai mode hari peringatan yg paling tinggi skali di negara kite…bermula 1 mei (hari buruh)..10 mei (hari ibu)..15 mei (hari belia) n 16 mei (hari guru)…nie x termasuk cuti perayaan keagamaan budha (9 mei) n black day (13 mei)...

Dlm byk2 ari peringatan nie…sy nk ulas skit psl ari guru …jika ngikut tema ari guru thn nie.. Guru Pembina Negara Bangsa…erm rase cam gah jea bile dinukil ngan lisan…tp bile diaplikasikan dlm dunia profesion perguruan…slogan nie seolah2 memerangkap guru tue sendiri…ye lor…jika dihayati sepenuhnye…dibahu guru le terpikul bebanan utk membentuk modal insan n jati diri warga negara…tanggungjwb nie bukan kecik anak…bapak gajah pn leh tercabut belalai jika diamanahkan tanggungjwb cam nie…sgt berat!!!


mengapa ari nie diwujudkan ?...de org ckp sempena mengenang jasa guru…bagik diri sy…konsep jasa nie subjektif…sume org mempunyai jasanye yg tersendiri berdasarkan peranan n fungsi kerjayanye…bukan guru shj…

de org cakap guru tue umpama lilin…membakar diri utk menerangi org lain…tul ke?...bagik sy…nie satu perumpamaan yg kurang cerdik…seksa diri sendiri utk menafaat org laen merupakan satu attitude yg dungu n x berakal…

de org cakap…guru nie mengajar kite menulis, membaca n mengira…jika nie lor faktornye…maka sy x termasuk golongan yg wajar diperingati sempena ari nie sbb sy x pernah mengajar bdk2 sy menulis n membaca sbb mrk dh pandai dh…mengira pun mrk guna calculator...


erm...pe2 pn sbb tarikh nie diabadikan…terserah lor definisi individu tu sendiri…jika ngikut ukuran tempoh pengalaman sy selama 15 thn dlm dunia pendidikan…jika x de ari seperti nie pn…sy x kisah...jika de org nk ingat…ingat le…x nk ingat pn x pe…

pe yg berputar ligat kat pale sy skrg nie…camne nk kekalkan pelajar sy dpt 100% A…jika setiap bulan diadakan sambutan ari guru ngan tema yg canggih2 tp bdk2 sy x dpt score A...pd sy sambutan nie x membawa sebarang erti pn…wat sakit ati de le…

lagi satu…camane mrk nk mencorak @ membina negara bangsa samada dlm btk yahudi...majusi…nasrani @ islam...terserah le…ilmu dh diberi…amanah dh disempurnakan...pilihan ditangan mrk…

jika islam pilihan mrk…aman le sy kat dlm kubur nanti…tp jika yahudi..majusi n nasrani yg jadi pilihan…sy x ngaku mrk anak murid sy…hu3

Saturday, May 9, 2009

SMSSI berjaya menjadik tuan rumah HKSBP ngan penuh berprestij...

Read More..



Agak lewat sy menyentuh ttg HKSBP yg tlh berlangsung pd 2-5 mei di sek kite…leh sbb masa sy byk diabiskan utk siapkan multimedia HKSBP bersama2 ngan bdk2 pixel team maka info secara spesifik program nie x dpt lor sy memperjelaskannye dlm btk kronology….

Kalu sy cite psl multimedia HKSBP..rasenye x munasabah lak ngan tajuk artikel nie…pe2 pun jika info secara umum ttg HKSBP nie...leh r sy cite serba sedikit...

intro
Sekolah kite tlh diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagik HKSBP kali ke 36 sebagai penganjur game basketball zon selatan…utk menjayakan program berprestij nie x mudah seperti pe yg dijangkakan…Pe tah lagi ianye melibatkan 13 buah sekolah ngan setiap penyertaan seramai 30 org pelajar ( TKC n STF 15 org peserta)...sedikit sebanyak ttg faktor logistik n makan minum pun perlu diambil pertimbangan yg sewajarnye...alhamdulillah ngan team work dr seluruh warga smssi…majlis nie dpt disempurnakan ngan jayanye…Tahniah ckg Ahmadi!!!


Perjalanan Acara
Game nie melibatkan 3 buah gelanggang iaitu gelanggang di sekolah kita...gelanggang MRSM dan ILP...sukarelawan lak majoriti terdiri drpd pelajar2 ting 4...mrk tlh bertungkus lumus x kire mlm n siang...keletihan nampak ketara diwajah mrk...namun begitu senyuman ttp terpancar juga...penat tp puas...

Keputusan
Utk team lelaki…SDAR menjuarainye…sementara team pompuan lak…STF mengekalkan kejuaraanye seperti tahun2 lepas…team lelaki sek kite tlh dpt masuk semi final n tlh berada dikedudukan ke 4…sementara team pompuan kite lom de rezeki lagi..namun begitu kesungguhan mrk x leh dipertikaikan…Syabas x terhingga wat pengurus pasukan n jurulatih kita...iaitu ckg Sharin n Ckg Zairie...

Pandangan org buta basketball
Sesiapa shj yg mempelekehkan kemampuan team sek kite…mrk wajar dichop buta basketball…w/pun sek kite baru setahun jagung dlm arena nie…kedudukan ke 4 dr 13 buah sek yg bertanding x leh dipandang sinis…Malahan player kite sdr solehin tlh diangkat sebagai player kedua terbaek...cara lontaran bola die pun cantik...Kalu Michael Jordan tgk...sure kulit die jadik putih krn terperanjat..Hebat!!!

insyaallah…utk mase2 akan dtg…ngan sokongan padu sume pihak…sek kite bukan shj terbilang dr segi akademik…bahkan akan menjadi satu pasukan underdog bagi mane2 game HKSBP….idup smssi!!!...mengorak langkah ke puncak jaya!!!

p/s: sy dpt byk msg ucapan tahniah dr kawan2 sy dr zon selatan krn SMSSI dpt menyediakan kemudahan prasarana n layanan yg amat special tuk kontinjen2...

Friday, April 24, 2009

semoga dicucuri rahmat hendaknye wahai leluhurku...

Read More..



Sy dianggap beruntung krn zaman kecil sy bukannye zaman media tv satelit mengambil alih peranan n tanggungjawab keluarga...pd mase tue hanya org2 yg berada shj mampu memiliki TV...siaran TV lak limited n berkonsepkan hedonisme...Dr segi fizikal mekanikal...pancaran pd tube skrin x de kaler warna-warni...just black n white jea...pd thn 1975 keluarga sy masih x mampu utk membeli sebiji TV...kalu nk tgk..gi umah jiran yg berada skit...kalu x pun gi nginap kat umah mak long sy..(die berada skit kot...)

Sy dianggap beruntung kali kedua bile sy sempat idup bersama2 moyang sy...Moyang sy ske bercerita...nie lor saluran star movie yg sy ada...pd mase tu sy x tahu pesal die suka bercerita...sy hanya menjadik pendengar setia shj...syok gak dengar cite2 tue...pandai moyang sy karang ayat...tersusun jalinan perjalanan penceritaan...sy kagum n terpaku seketika...Antara cite2 yg disampaikan leh beliau de lah...cite sitanggang...mara kerma...batu belah batu bertangkup...pak pandir...siti zubaidah ngan 7 puteri cina...cite zaman jepun...cite abu nawas...bawang puteh bawang merah...cite susur galur keturunan n byk laie lor...(kekadang tue utk suruh die bercerite...saje2 sy volunteer gobek sireh utk die...kes beli jiwa)

Bila dh berumur sebegini...bru sy tahu ngan sendirinye...pesal moyang sy ske bercerita n dikelilingi cucu-cicit...Maybe kehidupannye kesunyian krn dh berumur lanjut...Ramai org2 sebayanye dh meninggal dunia...utk menghiburkan diri...cucu-cicit lor jadik penawar hati...


Semasa bercerita n terselit pertanyaan serta derai ketawa kami sume...moyang sy trus bercerita...n cerita lagi...di sini lor...keakraban n jalinan hubungan generasi tertua ngan generasi muda tersimpul erat...ianye bukan shj penyampaian nilai2 moral kepada cucu-cicit berdasarkan kisah yg diceritakan bahkan dpt menjana kognitif minda cucu cicit kearah membentuk satu imaginasi yg bersistem...tp pe yg lebih penting de lah...legasi kesinambungan keturunan tidak akan terputus...Byk yg tersirat drpd tersurat...

Pada mase skrg setelah TV satelit bermaharaja lela...rasenye suasana sebegini hampir x wujud lagi dikalangan generasi tua n muda...Pe tah laie org2 tua skrg lebih hppy ngadap TV jika banding nk all out layan karenah cucu cicit...sementara cucu-cicit lak lebih ghairah tgk cenel 613...(siap leh gaduh lak nenek n cucu berebut cenel TV...)

erm x mustahil utk 50 tahun akan dtg...nenek moyang lebih syok layan PS3 @ online internet banding nk layan cucu-cicit...tp jika nenek moyang tue sporting maybe die ajak skali cucu-cicit die challenge main game ngan die...hu3


p/s: Moyang sy meninggal dunia pd 17 disember 1983 n no siri batu nisan die 3418...utk mengingati beliau...no plat kete sy pun 3418...Allah tlh melimpahi beliau ngan kebekatan idup di dunia pebila dirahimnye bermula roh seorang tahfiz al-quran seawal usia 7 tahun...semoga dicucuri rahmat hendaknye wahai leluhurku...

Monday, April 20, 2009

Disebalik nama gelaran...de ceritanye...

Read More..



Jika ngikut fahaman sy…de 4 faktor yg menyebabkan seseorg tu digelar…Pertama utk membezakan org tu ngan org laien berdasarkan nama mrk yg sama…kedua utk mewujudkan hubungan yg erat @ manja…ketiga nama individu tersebut terlalu panjang @ berbelit2...keempat lak utk mengejek @ menghina seseorg itu…

Sesuatu gelaran tue hanya dilafazkan melalu bibir si pemanggil…Jika ianye diterima secara ikhlas leh penama gelaran tersebut maka ianye leh mewujudkan ukhuwah dilingkungan komuniti masyarakat tu…

Seandainye sipenama x merestui sesuatu gelaran tue…disinilah bermulanye dendam yg membara pebila aib yg dilemparkan sebagai pengganti nama diri dicanang sane sini…kemarahan yg meluap2 bile2 mase je leh jadik bom jangka…sehebat manapun kesabaran manusia marhaen tue…pasti de hadnye…

Malahan sejak dizaman baginda Rasullulah lagi…pelbagai gelaran tlh pun diberikan berasaskan fizikal, kepakaran, peristiwa n perkaitan ahli keluarga…Malahan nama gelaran tersebut lebih fames jika dibandingkan ngan nama asal individu terbabit…Pe yg pasti..disebalik nama gelaran...de ceritanye...


Dikampung sy
Dr kecik lagi sy dh pun didedahkan ngan pelbagai nama gelaran yg diberikan kpd org2 kg sy…petah lagi di kg sy nie terdapat berpuluh2 org yg bernama Awang...Mohd...Ismail…Aminah…Rokiah (contoh sebahagian nama)…gelaran dihunjung pangkal nama tue…de yg berbaur kelucuan…x kurang gak tersirat kelucahan…pe2 pun gelaran2 tersebut dh jadik sebati ngan penama2 itu sehingga lor akhir hayat mrk…Hebatnye nama gelaran…

Disekolah sy
Bermula dr tradisi batch yg pertama (pelajar yg paling byk mencipta nama gelaran kat kwn2 die ialah sdr syaukat)…sehingga lor batch yg mutakhir nie…gelaran demi gelaran tlh muncul dikalangan pelajar2…pe yg peliknye…family2 si penama nie pun mengguna pakai nama gelaran yg tlh diberikan kpd anak2 mrk…seolah2 ianye dh jadik nama timang-timangan bru lak…

Rasenye…jika sy menghimpunkan nama2 gelaran pelajar2 dicni..x tertulih byknye…erm... kekadang tu sy lebih mudah mengingati nama gelaran drpd nama sebenar pelajar nie…Antara nama2 gelaran tue :

1. kerang
2. shiro
3. payat
4. capt
5. mulai
6. pisang
7. arenode
8. bean
9. balakong
10. ceruk
11. cici
12. lebo
13. tikot
14. capang
15. wanching
16. calin
17. apek
18. kening
19. bulu
20. black

setakat nie saje sy senaraikan nama2 gelaran tue…dh x tertulih dh…batch2 yg mendatang x tau lor gelaran pe lagie yg pelik2…tp nasihat sy lor…hayati n patuhi lah wahyu Ilahi…firmanNya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olok), dan janganlah pula perempuan-perempuan (mengolok-olok) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada perempuan (yang memgolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) sesudah beriman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujurat: 11)

Thursday, April 16, 2009

Guru oh Guru

Read More..



Sy seorg guru masa kini… satu mase dulu sy pernah memerhatikan tugas guru2 sy…dari segi peranan tetap x berubah…”tugas guru kena mengajar”…pe yg nk diajar tergantung kpd kebolehan n ilmu guru tue…masing2 de kepakaran n keupayaan tersendiri…

Pe perbezaan guru2 dulu n skrg?...jika dibandingkan penggunaan ngan machine support…guru sy dulu2 guna mesin taip jea…sy lak guna komputer serba canggih…Pe yg peliknye…guru2 sy dulu lebih byk mase utk bersantai…guru2 generasi sy lak…jika de mase 36 jam sehari pun…rasenye masih x cukup …pesal ek??


Kronologi tugas sy ari nie antara jam 7.30 pg- 2.20 ptg

1. kena nanda kedatangan pelajar 5 an-najah
2. wat buku persediaan ngajar utk esok ari
3. kena kemaskini tindakan n perlaksanaan system rumah berserta carta gantt
4. ckg norliana mintak sy repair system ISIS dlm bilik s/u peperiksaan.
5. ckg saravanan mintak sy edit hasil headcount dr system apms
6. ustzh azilawati meminta nama2 pelajar utk persembahan silat HKSBP
7. Mengajar kelas 5 an-najah
8. Mengajar kelas 3 Beta
9. Mengajar literasi komputer tingkatan 2 gamma
10. Mengajar literasi komputer 1 beta
11. ckg junaidah menyerahkan fail utk kemaskini system failing (kemaskini dokumentasi dr tahun 2007, 2008 n 2009)
12.Memantau video koperat dr team pelajar utk persiapan pemantauan sekolah kluster
13.Membincangkan konsep persembahan slaid kpd team e-pda anti dadah utk pertandingan daerah.
14. Menstaplerkan kertas ujian pra midterm form 3 utk mlm nie
15. Menyiapkan proposal kajian tindakan matematik
16. Meyiapkan dokumen tuntutan pelajar2 kriket mssj.
17. Menyiapkan maklumat utk kenaikan pemangku DG 41 ke DG44
18. mengupdate maklumat prasarana IT secara online di http://ssqs.moe.edu.my
19. Mengawas pelajar form 3 utk ujian pra midterm di dwn PMR (9.00-10.45 mlm)

Kerja yg tertangguh utk ari nie
1. Memantau kerosakan network dimakmal komputer (intrnet x leh idup)
2. Mengemaskini info di board system rumah
3. Membuat intro flash bagik video koperat
4. Memulangkan peralatan kriket yg dipinjam dr SMK Anjung Batu
5. Mencetak sijil pelajar yg mewakili kriket di kejohanan SBP zon selatan dan MSSJ
6. Membuat tuntutan bagik kertas kerja jurulatih jemputan kriket
7. Mengemaskini maklumat diri pelajar dijadual kedatangan
8. Menanda latihan matematik pelajar
9. Memasukan data pelajar yg mewakili kriket MSSJ di ISIS
10. Membina soalan math form 3 utk peperiksaan Midterm
11. Memantau pelajar bermain kriket wkt ptg.
12. Meyenaraikan nama2 pelajar utk kursus literasi komputer di ILP.

Tugas2 utk esok…x tau pe lagi…pe yg pasti setiap ari mmg akan de tugas baru…berkaitan ngan urusan peribadi seringkali jadik tempat kedua selepas tugas2 skewl disempurnakan…erm so far sy x de lor rase sakit jiwa ngan tugas2 nie..cuma rase letih skit jea dr segi mental n fizikal...

Jika Allah memanjangkan usia allayarham Usman Awang…adakah kemungkinan beliau akan menulis sajak lagi “guru oh guru” utk versi ke dua?...wallahualam…hu3

Tuesday, April 14, 2009

Sahabat Sejati

Read More..



Mencari kawan tue mudah sgt2 tp nk mencarik sahabat sejati sgt2 lor susahnye…nie bukan kata2 sy…tp petikan kata2 dr golongan fuqaha….

Adat bersahabat fitrahnye berdasarkan keserasian…jika seorg pencuri…mrk rase kekok berkawan ngan pak2 imam @ ustaz tp jika ngan perompak…tido sebantal pun x pe…makan sepinggan pun sanggup…berselera skali…hukum alam…

Bile sy menulis artikel sebegini…sy teringat ngan sahabat sejati sy…nama die Zulkefli Wahab…mase tue sy menuntut di tingkatan 6 di JB…tinggal di asrama bersama2…Cuma pengalaman tu sgt singkat…nk wat camne qadaq-qadar kehidupan manusia tlh ditentukan olehNya…sy akur n redha shj…

Ttg ciri2 nilai persahabatn yg de pd Zul nie…x perlu lor sy ulas memanjang…pe yg paling penting die suka jaga solatnye…pernah satu ketika mase die dtg umah sy pd awal thn 1988…tetiba sy x gerak die mase solat subuh…mengamuk sakan die…die cakap ngan nada gurau…”nanti aku tuntut di akhirat sbb ko x gerak aku subuh”…


Erm…pd 18 november 1988…mase cuti sekolah pjg…x semena2 die de pos surat kat sy…ye lor…mase dulu2 mane de sms2…hp pun x wujud lagi…rasenye nie lor…surat pertama die kat sy…isi suratnye pendek…tp kire fun gak lor…

Telah ditakdirkan...pd ari yg sama sy terima surat die…pd mlmnye sy dpt call dr member sy yg laen…mohd nazri…ringkas shj calling die…"zul dh x de dh…die meninggal kat spital sultanah Aminah…xcident…dh kebumi dh pg td”…respond sy : sehingga skrg sy cam x caye die dh x de… sbb sy masih memerlukan nilai2 sahabat sejati yg de pd die… w/pun peristiwa nie berlaku 21 tahun dulu tp seolah2 ianye bru berlaku pd ari semlm…sedey sy masih terasa lagi…

Jika sy tahu dimana alamat rumah arwah…sy nk ziarahi keluarga arwah sgt2…malangnye sy x tahu dimana keluarga arwah tinggal secara specifiknye… pe yg sy tahu..beliau tinggal di kota tinggi…itu shj…

Sebenarnye pe yg terbuku dihati sy de lah…sy berharap sgt2 dpt menziarahi pusara arwah…seandainye sy dpt sedekahkan al-fatihah utk beliau disitu…bagik sy ianye amat bermakna atas erti persahabatan…

erm…jika beliau masih idup…satu2 pertanyaan yg ingin sy bertanye ngan arwah ialah…sape nama awek arwah mase sek dulu2…sbb nie lor satu2nye rahsia yg masih beliau simpan dr sy…simpan sehingga akhir hayat beliau…hu3

Sunday, April 12, 2009

Kekalahan Bermaruah Team Kriket SMSSI...

Read More..



Sy bukan nk menegakkan benang yg basah…tp sy nk cite pesal benang tu basah…x kan lor benang tu basah tanpa sbb…erm...Sy n ckg Ezuddin bru balik mengiringi team kriket kite dr perlawanan Kriket MSSJ yg berlangsung pd 10-12 April di Kota Tinggi...

Jadual Perlawanan
Utk kejohanan Kriket MSSJ..sebanyak 11 team yg terlibat yg terdiri dlm kategori A,B n C...team kite yg mewakili daerah Mersing berada dlm kategori B…dlm kategori nie terdpt 4 daerah yg akan beraksi jika ngikut dlm jadual perlawanan…iaitu Segamat, Mersing, Kluang, Batu Pahat...

Dlm susunan jadual perlawanan keseluruhan daerah2 lak...hanya team Segamat n team kita je yg akan bertanding 3 game non-stop dlm mase sehari (pd ari sabtu shj)…Pe yg lebih parah…team kite terpaksa guna 3 gelanggang yg berbeza..sedangkan segamat hanya guna satu gelanggang jea…selang masa setiap perlawanan tue..x sampai 45 minit…sementara team daerah2 lain mempunyai 2 hari tempoh pertandingan…ari jumaat satu perlawanan n ari sabtu 2 perlawanan lagi...


Daerah terkuat secara tradisi
Sebelom pertandingan bermula pd ari sabtu..sy dh wat pun riki n simple analisis ttg kekuatan daerah dlm dunia kriket di negeri Johor…at least dpt gak sy ngatur strategi utk team kite berdasarkan info2 nie…lagi pun...nie le first time team kite masuk MSSJ…erm berdasarkan cakap2 kriket…daerah yg terkuat secara tradisi di negeri Johor de lah daerah Segamat...JB…n team Pengerang (SAKTI<---Johan MSSJ 2007)...

Game bermula
First game team kite berlawan ngan team segamat…w/pun kite kalah tp lelah gak team segamat nk menewaskan team kite…dlm game nie kite dpt Run 112…sementara segamat lak 117 ( sebenarnye…mane2 team yg berlawan ngan segamat..paling tnggi pun Run 65 jea)…pd sy lor…team kite telah menghempas pulas n bermatian2 nk tewaskan segamat tp rezeki menyebelahi dia…( bdk2 dlm team segamat tlh di pilot utk Kriket sejak form 1 lagi)

Game Ke dua
Pas je abis bermain ngan team segamat..ngan peluh masih basah n dengupan jantung keletihan lom reda..team kita terpaksa lak naik bas utk ke gelanggang yg lain utk berlawan ngan team Kluang…mase yg de x sampai 45 minit…team kita kena bergegas secepat mungkin sbb 30 min sebelum pertandingan..,perserta perlu de di padang perlawanan…(mase yg diambil utk ke gelanggang nie 15 minit...

w/pun dh letih..team kita masih trus bersemangat utk berlawan ngan team kluang…pd ari nie..team kluang blom de game lagi…mrk masih fresh tanpa sebarang perlawanan..sementara team kita lak peluh mase berlawan ngan segamat..masih menitik lagi…sian bdk2 kita…

Dlm kepenatan nie…pasukan kita gagahi gak…team kite dpt Run 81…sementara pasukan Kluang dpt Run 82…Pe2 pun..statement dr pengadil perlawanan tlh meredakan emosi kami ngan kata2 "team SMSSI x kena lauk dr pasukan Kluang"…erm...mmg sengit gak lor game nie...(team kluang terdiri 4 org bdk2 sains Johor n 11 org permain terbaik Kluang dr pelbagai sekolah didaerah tu)…

Agenda perjuangan seterusnye belum berakhir…ngan nadi tersekat2…n tanpa makan sebiji nasik pun sbb terkejar2 masa…team kita beredar lak ke gelanggang lain utk bertarung wat kali ke 3…(dr gelanggang kedua ke gelanggan ke 3 ambik mase 20 minit-trafik jammed...

Game yg ke tiga…
Dlm nyawa2 ikan n keletihan yg teramat sgt…team kita truskan gak perlawanan utk game ke 3...kali nie team kite berentap ngan team Batu Pahat…sebelum game bermula..sy sempat gak belikan 2 ikat pisang utk alas perut bagik menggantikan nasi ( pelajar hanya de masa 15 min je lagi-x sempat nk makan tghari)…pd mase ni team Batu Pahat bru main sekali ngan segamat..sementara pasukan kita lak dh abis nyawa dh mase main ngan team kluang tadi…

Namun begitu…dlm keadaan yg dh nazak2 tenaga…pasukan kita tetap memberikan persembahan yg cukup hebat dimana team batu pahat dpt Run 108 sementara kita lak Run 93…

Pengakhiran Game
W/pun kita tewas dlm sume game..bagik sy secara peribadi..permainan bdk2 kita sgt mantap..w/pn dlm kejohanan Kriket MSSJ nie mrk lom de rezeki lagi tp dihati sy lor…mrk de lah juara sebenar..bahkan performance mrk lebih cemerlang jika banding mase kat Mozac tempoh ari…Cuma Percaturan team n permainan 3 game non stop yg menjadikan team kita tewas…kekalahan team kita tetap bermaruah…Mrk de lah wira sy n Wira SMSSI sebenar…jika dipanjangkan umur sy n team nie...kami akan menembus maruah Mersing n terutamanye maruah SMSSI dlm dunia Kriket di Johor...Insyaallah...hu3


p/s : team Batu Pahat dpt run 65 je mase main ngan team Segamat.