Thursday, April 16, 2009

Guru oh Guru



Sy seorg guru masa kini… satu mase dulu sy pernah memerhatikan tugas guru2 sy…dari segi peranan tetap x berubah…”tugas guru kena mengajar”…pe yg nk diajar tergantung kpd kebolehan n ilmu guru tue…masing2 de kepakaran n keupayaan tersendiri…

Pe perbezaan guru2 dulu n skrg?...jika dibandingkan penggunaan ngan machine support…guru sy dulu2 guna mesin taip jea…sy lak guna komputer serba canggih…Pe yg peliknye…guru2 sy dulu lebih byk mase utk bersantai…guru2 generasi sy lak…jika de mase 36 jam sehari pun…rasenye masih x cukup …pesal ek??


Kronologi tugas sy ari nie antara jam 7.30 pg- 2.20 ptg

1. kena nanda kedatangan pelajar 5 an-najah
2. wat buku persediaan ngajar utk esok ari
3. kena kemaskini tindakan n perlaksanaan system rumah berserta carta gantt
4. ckg norliana mintak sy repair system ISIS dlm bilik s/u peperiksaan.
5. ckg saravanan mintak sy edit hasil headcount dr system apms
6. ustzh azilawati meminta nama2 pelajar utk persembahan silat HKSBP
7. Mengajar kelas 5 an-najah
8. Mengajar kelas 3 Beta
9. Mengajar literasi komputer tingkatan 2 gamma
10. Mengajar literasi komputer 1 beta
11. ckg junaidah menyerahkan fail utk kemaskini system failing (kemaskini dokumentasi dr tahun 2007, 2008 n 2009)
12.Memantau video koperat dr team pelajar utk persiapan pemantauan sekolah kluster
13.Membincangkan konsep persembahan slaid kpd team e-pda anti dadah utk pertandingan daerah.
14. Menstaplerkan kertas ujian pra midterm form 3 utk mlm nie
15. Menyiapkan proposal kajian tindakan matematik
16. Meyiapkan dokumen tuntutan pelajar2 kriket mssj.
17. Menyiapkan maklumat utk kenaikan pemangku DG 41 ke DG44
18. mengupdate maklumat prasarana IT secara online di http://ssqs.moe.edu.my
19. Mengawas pelajar form 3 utk ujian pra midterm di dwn PMR (9.00-10.45 mlm)

Kerja yg tertangguh utk ari nie
1. Memantau kerosakan network dimakmal komputer (intrnet x leh idup)
2. Mengemaskini info di board system rumah
3. Membuat intro flash bagik video koperat
4. Memulangkan peralatan kriket yg dipinjam dr SMK Anjung Batu
5. Mencetak sijil pelajar yg mewakili kriket di kejohanan SBP zon selatan dan MSSJ
6. Membuat tuntutan bagik kertas kerja jurulatih jemputan kriket
7. Mengemaskini maklumat diri pelajar dijadual kedatangan
8. Menanda latihan matematik pelajar
9. Memasukan data pelajar yg mewakili kriket MSSJ di ISIS
10. Membina soalan math form 3 utk peperiksaan Midterm
11. Memantau pelajar bermain kriket wkt ptg.
12. Meyenaraikan nama2 pelajar utk kursus literasi komputer di ILP.

Tugas2 utk esok…x tau pe lagi…pe yg pasti setiap ari mmg akan de tugas baru…berkaitan ngan urusan peribadi seringkali jadik tempat kedua selepas tugas2 skewl disempurnakan…erm so far sy x de lor rase sakit jiwa ngan tugas2 nie..cuma rase letih skit jea dr segi mental n fizikal...

Jika Allah memanjangkan usia allayarham Usman Awang…adakah kemungkinan beliau akan menulis sajak lagi “guru oh guru” utk versi ke dua?...wallahualam…hu3

1 comment:

yuss yusoff said...

salam he he tergelak juga baca to do list utk guru ni.mcm magic je blh buat sema 2 tp e2 la guru zmn la ni. tahniah kerana byk2 kerja pilih jd ckgu!