Wednesday, August 12, 2009

blog baru sains iskandar

Read More..

blog sains iskandar tlh berpindah di alamat : klik disini
proses kemaskini layout n upload artikel2 terdahulu akan dibuat dr mase ke semasa...

Monday, August 10, 2009

virus serang blog iskandar...blog nie akan ditutup...

Read More..

kpd sume pembaca...blog nie dh rosak teruk akibat serangan virus...sume pengaturacaraanye dh jadik kelam kabut...sy terpaksa stop blog nie...rasenye tindakan paling baek delah sy kena wat blog baru dr awal..cuma nk replace balik artikel2 lama agak perit sikit...ambik masa yg agak lama...terima kasih atas sokongan sume...hu3


Saturday, August 8, 2009

hari qiamat hanya Allah sahaja yg mengetahuinye...

Read More..


Jika tiada aral melintang pd bulan November nie…de satu film science fiction yg bakal ditayangkan…2012 judul filmnye…temanye ttg kemusnahan dunia pebila sampai waktu ngikut kalendar Mayan…namun begitu kite kena anggap ianye hanye sekadar hiburan minda jea…ttg bila hari kiamat qubra hanya Allah sahaja yg mengetahuinya…ianye maha dasyat dan amat mengerunkan...


Firman Allah s.w.t...

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Al-A'raaf, Ayat 187)

gambaran didlm al-quran ttg detik2 kemusnahan dunia sudah nyata dan jelas…itulah antara tanda2 kekuasaan n kebesaran Ilahi…zat yg tiada permulaan dan kesudahan...

gambaran hari qiamat didlm al-quran

Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan..surah alhajj ayt 1-2

"(Hari itu ialah: Hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
"Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan."
(Al-Qaari'ah, Ayat 4-5)

Pengertian hari kiamat utk umat islam cukup luas dan mendalam maksudnya…bukan sekadar kemusnahan dunia yg diilhamkan leh org kristian utk tayangan dilayar perak…

antara nickname bagi hari kiamat delah :

Yaumul Ba'athi (Hari Kebangkitan)
- yang membawa maksud, kesemua manusia yang akan mati akan dibangkitkan semula.

"Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang kafir);
"Sesungguhnya kamu telah berdiam di dalam kubur menurut ketetapan Allah sampai ke hari kebangkitan dan inilah hari kebangkitan itu, akan tetapi kamu tidak meyakininya"- Q.S ar-Rum ayat 56.

Yaumul Qiamah (Hari Kiamat)
- Hari kehidupan semula selepas berlaku kehancuran dan kematian di dunia.

"Pada hari kiamat kamu akan melihat wajah-wajah mereka yang mendustakan Allah bertukar menjadi hitam"- Q.S az-Zumar ayat 60.

Yaumul Hisab (Hari Perhitungan)
- Hari di mana amalan setiap makhluk akan dihitung dan ditimbang sebelum hukuman diberikan oleh Allah.

"Dan Musa berkata;"Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu daripada setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman dengan hari perhitungan" - Q.S Ghafir ayat 27.


Yaumud Deen (Hari Pembalasan)
- Hari di mana makhluk Allah dibalas dan dihukum setimpal dengan perbuatan dan amalan mereka di dunia,

seperti mana yang difirmankan oleh Allah dalam Ummul Kitab al-Fatihah ayat 4 yang kira-kira bermaksud "(Allah) Yang Menguasai hari pembalasan."

As-Saah (Masa yang ditetapkan)
-Masa yang ditetapkan adalah tarikh dan waktu kiamat akan berlaku seperti yang dijadualkan oleh Allah,yang masanya tak diketahui oleh sesiapa pun.

"Telah dekat datangnya masa itu dan telah terbelah bulan"- Q.S al-Qamar ayat 1.

Yaumul Fath (Hari Kemenangan)
-Hari kemenangan bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT,

"Katakanlah;"Pada hari kemenangan itu tidak berguna lagi keimanan orang-orang kafir dan mereka tidak akan diberi tangguh".as-Sajdah ayat 29

Yaumut Taghabun (Hari Tipu Daya)
- Pada hari kiamat nanti, orang-orang kafir dan fasiq yang merasakan mereka selama ini berada di atas landasan kebenaran, terpedaya dengan sangkaan mereka itu ketika mereka menerima azab dari Allah.

"Ingatlah hari Allah menghimpunkan kamu pada hari taghabun..."- Q.S at-Taghabun ayat 9.

Yaumut Tanad (Hari Panggil memanggil)
-Selepas dibangkitkan dari kubur masing-masing pada hari kiamat, manusia akan panggil-memanggil sesama mereka untuk meminta pertolongan.

"Hai kaumku, sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan seksaan pada hari panggil-memanggil".surah al-Mukmin ayat 32

Yaumul Hasrah (Hari Penyesalan)
- Pada hari tersebut, manusia yang menderhakai Allah akan menyesal dengan penyesalan yang sebenar-benarnya ketika mereka melihat azab yang sedang menanti.

"Dan berilah peringatan kepada mereka berhubung hari penyesalan, iaitu ketika kesemua perkara telah diputus dan mereka selama ini berada dalam kelalaian dan mereka tidak pula beriman"- Q.S Maryam ayat 39.

[kredit utk asysyahadah]

Dlm zaman skg terdpt byk tanda2 kiamat kecil dh muncul…maybe kite x peduli ngan tanda2 tersebut disebabkan puak2 skular mengatakan ianye hanye sekadar fenomena alam sahaja serta evolusi kehidupan manusia…tp sebagai umat islam…sebaik2 peristiwa yg berlaku perlulah merujuk kpd al-quran n hadith…kerana ianye delah panduan idup dan mati kita…qiamat kubra kita x pasti bila kan belaku tp qiamat kecil (maut) menunggu kita bile2 mase jea…walaualam.

Monday, August 3, 2009

Konsert Antara Dunia '09 - hiburan berorientasikan Islam...

Read More..



Mlm minggu 1 ogos lepas sy sempat meluangkan masa emas bersama2 my ex-student- Umair n Afif serta kwn2 beliau iaitu Muhammad n Syahir menonton konsert Antara Dunia '09 anjuran GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia )...Penaja utamanye ialah Permata Hijrah bersama2 Rabbani Production (M) Sdn Bhd yg berlangsung di stadium tertutup Malawati Shah Alam..konsert nie bertemakan “Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah”…

Sy cukup2 teruja ngan ucapan alu-aluan president GAMIS iaitu sdr Mohd Dzul Khairi Mohd Noor sebelum tirai pembukaan kosert ni dirasmikan leh TGNA…ternyata karisma beliau memimpin persatuan yg berslogankan “Memimpin Kebangkitan Gerakan Mahasiswa” mmg terserlah n tepat pd wktunye…isi aluan2 beliau yg mengaitkan peranan pemuda-pemudi ttg kebangkitan islam amat menyentuh hati sy...bermula dr kisah impian saidina omar al-khatab sehinggalah buah pemikiran soekarno ttg impak kekuasaan tenaga generasi muda yg boleh mengoncang dunia...syabas wahai sdr Mohd Dzul Khairi Mohd Noor…

Suara takbir memecah suasana stadium tatkala Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat naik ke stage utk majlis perasmian konsert…muqadimah perasmian beliau amat unik serta klasik yg disampaikan dlm btk seloka pantun…bait2 pantun beliau berdimensikan aura islam sgt tinggi nilai maksudnye…ternyatalah kejujuran serta kemuliaan beliau dlm memperteguhkan syiar islam tidak pernah pudar…sesungguhnye beliau tlh mewakafkan keseluruhan hidupnye utk Islam…

Sebelum sy mengulas ttg perjalanan konsert nie ngan pjg lebar…terlebih dahulu sy ingin mengucapkan tahniah 5 star wat sume ajk2 GAMIS yg terlibat…secara teknikalnye sesuatu konsert yg bertaraf dunia camni agak mustahil direalisasikan sekiranye ilmu tidak seberapa n pengalaman langsung tiada dlm bidang industri muzik…namun begitu tiada yg mustahil ditangan GAMIS….malahan konsert antara dunia nie sgt hebat kualitinye…tahniah GAMIS krn dpt menganjurnye…kalian tlh membuktikan bahawa mahasiswa2 delah pemacu gerakan ummah…sy bangga skali…


Sebelum acara perasmian dimulakan…audion tlh disajikan ngan persembahan dr anak2 kecil bermula ngan dikir barat yg bersendikan islam serta dendangan nasyid dr kumpulan Nibras yg diterbangkan khas dr Makatulumukaramah…w/pun sy x fhm bhs Arab tp melody lagu serta suara artisnye terlalu gemersik…kemerduannye langsung tidak memberi peluang utk telinga sy menepisnye…

Perasmian tidak lengkap sekiranye tidak disokong leh gimik sesuatu pgrm…Gimik nie dizahirkan melalui montaj multimedia perasmian yg dilancarkan leh TGNA …info2 ttg matlamat serta halatuju GAMIS dipancarkan utk deria rasa audion…Mesej yg disampaikan amat berkesan dihati… mabruk!!!

konsert bermula pebila keempat2 gergasi Nasyid (Shoutul Harokah,Raihan,Rabbani n Hijjaz) bergabung utk mendendangkan lagu2 yg penuh puitis…Memuji2 kebesaran Ilahi…pastu…break antara nyanyian kumpulan2 nasyid diselitkan ngan persembahan pentomin yg menggegarkan jiwa…aksi2 pelakon bersahaja n leh meruntuhkan keegoan manusia yg terlalu cintakan dunia semata2…keinsafan tertusuk dihati para audion...

Kumpulan nasyid dr Indonesia Shoutul Harokah amat bertenaga ngan uniform saka merah putihnye…sy x tahu camne mrk menjaga penafasan serta stamina mase menyanyi sbb usia2 dikalangan mrk dh level atok2 dh…semangat juang mrk membuatkan para hadirin berdiri utk nyanyi sama2…malahan tepukan gemuruh utk mrk bergema setiap kali selesai persembahan diikuti ngan laungan Allahuakhbar leh para audion berulang2 kali…

Tiga kumpulan killer nasyid Malaysia iaitu Raihan, Rabbani n Hijjaz tidak pernah mengecewakan sesiapa…seolah2 konsert kali nie come back utk industri nasyid tanah air…nyanyian serta video clip yg dipaparkan di LCD screen menyebabkan cinta kpd islam semakin hangat jadiknye…

erm...tidak lupe gak tahniah kat crew2 yg handle sound system n talaan cahaya… sepanjang konsert nie berlangsung tiada kecacatan pd audio n visual dirakamkan...malahan kreativiti sinaran lampu selari ngan irama yg didendangkan serta ngikut rentak setiap plot persembahan sungguh mengasyikan…

Acara penutup konsert dipersembahkan secara medley leh sume artis2 ngan lagu nasyid yg bertemakan zikir kifarah...ianye dialunkan ngikut melodi ulik mayang n wau bulan ngan gubahan lirik2 memuji kebesaran Ilahi… malahan dlm lirik nie gak memberi peringatan kpd manusia ttg perlunye kebangkitan islam diperjuangkan…Peringatan sy wat GAMIS : tolong wat lagi konsert camnie eh.!!!!

p/s : gambar2 konsert leh dilihat di ruangan sebelah kiri edisi “gambar berkata2” diblog nie.